Memburu tempat makan: Ais kepal & toast di myKori cafe.
Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.
Chocolate banana toast. |
Minggu lepas aku & along baru dapat jejak myKori dessert cafe yang ada kat Ipoh tu. Memang famous tempat ni, website pun ada https://mykori.my/ Kami datang on weekdays, pukul 2 lebih dan ternyata hari biasa pun customers boleh tahan ya. Deko cafe simple sahaja dengan susunan bangku & meja, lighting cantik even di siang hari, nak ambil gambar kebiasaannya sesuai sangat. Sejuk nya dalam tu jangan cerita la, lagi - lagi berhadapan dengan aircond, bukan sahaja aiskrim kita pun boleh berais juga kalau lama - lama.
Strawberry Yogurt Kakigori. |
Kami order mini Strawberry Yogurt Kakigori (RM 14) & Chocolate Banana Toast; peppermint & vanila ice cream (RM 19). Kakigori ni kira ais kepal la yang zaman sekolah dulu aku beli sekupang dua flavour gula merah dan susu carnation (nikmat tak terkata)😋👍, patbingsu pun boleh jugak rasanya. Shaved ice halus dan ada flavour yogurt tu + fresh strawberries. Unsweetened, healthy diet gitu. Manis pada strawberry sauce sahaja lah, taste orang tua - tua 😆😆.
Rate: 💗💗💗
Dah settle kakigori tu baru lah toast kami siap. Yang ni manis sebab sirap coklat yang likat dan pekat as topping pada roti toast yang tebal. Ada banana slices & 2 flavour aiskrim yang kami pilih tadi. Yummy. 3 orang yang mempunyai selera gadis - gadis boleh berkongsi toast ni cuma rotinya yes ada crispy on outside namun teksturnya agak kenyal, sedikit sukar untuk dipotong & dikunyah.
Rate: 💗💗
Overall, aku enjoyed dengan suasana di myKori cafe ni. InsyaAllah in future kalau ada rezeki aku nak cuba menu - menu yang popular di kalangan customers especially kakigori and croissant taiyakie. However for toast, mungkin tidak lagi. So, musim panas ni elok lah singgah menikmati shaved ice ala japan di myKori dessert cafe ini, dine-in or take away your choice. Ok byeee.
Comments
Post a Comment