Berbelanja dengan shopee.my

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.
U guys suka or pernah shopping kat shopee tak? Kalau ya, high five, kalau  belum boleh cuba. So far, aku baru 3 kali buat pembelian menerusi shopee. Sign up last year dengan angan - angan nak jual pre-loved items kat situ, tapi jadi pembeli la pulak. Tahun ni galak pulak shopee buat promosi kat tv; dengan ddu ddu ddu, raya dengan shopee pi pi pi, apa lagi ya?So, during puasa hari tu pertama kali aku mengorak langkah membeli shawl menerusi aplikasi shopee. Aku dah lama usha brand scarfsweethoney, diorang ada website & ig boleh google kalau berminat nak beli. Harga berpatutan dengan design yang cun. Seller responses pun pantas, within 2 days dah dapat barang; pos laju.2nd time aku beli HP printer daripada seller di Ipoh;Allfair store. Harga memang jauh lebih rendah compared to pasaran luar / prestomall (dulu 11street) / lazada / HP official website sendiri. Ada banyak preferred seller so boleh pilih mana yang berkenan di hati. Aku order tengahari, petang esok printer pun sampai; pos laju. Terbaik.Paling latest, aku beli Hada Labo moisturizer daripada official store Mentholatum yang ada sticker Mall. Time tu ada promotion + discount code, so I bought two. Actually barang dah sampai within 3 days tapi bukan pada aku tapi sekolah. 😅 Patut tak kenal nama receiver, rupa - rupanya guru besar sekolah. Syukurlah time aku pi ambil barang tu, beliau takde tapi kerani yang ada. Taubat nak letak address sekolah, ingat nak bagi landmark sekali dihantar ke sana terus. Pos laju yang mana ni? 😆 Disebabkan kes ni lah aku berurusan dengan shopee customer service, membantu semestinya. Sekadar perkongsian apa yang aku 👍 & 👎 mengenai shopee.my.
Apa yang aku 👍 dengan shopee.
  • log in menggunakan phone number sahaja. Tak ingat password, tak apa.
  • ada preferred, Mall sticker pada shop. Kira trusted seller lah dua - dua.
  • reviews daripada buyers yang sangat membantu untuk kita nilai sesuatu produk & seller sebelum buat pembelian. 
  • dapat coins untuk setiap items yang kita reviewed.
  • log in setiap hari untuk dapat extra coins.
  • customer service yang cergas. 
  • ruang chat antara seller & buyer.
  • shopee apps yang convenient untuk digunakan.
  • bayar guna online banking.
  • update tracking pun cergas. Dia akan notify segala maklumat berkaitan.
  • free postage coupon. Ada a few, sila gunakan sebelum kupon expired.
  • boleh guna shopback. 😉
Apa yang aku 👎 dengan shopee.
  • takde jual topup.
  • low shopback  only 1%.
  • perabih duit kalau beli yg tak perlu 😂😂😂
  • notification 'live mamak'...apa tu?
So far so good aku rasa shopee ni. Harap dapat dikekalkan & lebih maju untuk masa - masa akan datang. Berbelanjalah dengan shopee...gitu. #nonpaidreview

Packaging printer HP 2676.

Complete set in good condition.

Comments

Popular posts from this blog

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.