Harga yang perlu dibayar #1
Salam. Alhamdulillah, dah settle 5 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan ni :) Thesis aku pun dah settle walaupun saat dan ketika nak menyiapkan itu amat la berdugaan. Dugaan yang paling dahasat sekali penyakit M lah, apa lagi. Malam Jumaat yang sepatutnya aku stay up untuk siapkan thesis, habis macam tu jer. Mengantuk tak hingat malam tu, memang dugaan. Kol 3++ am, baru dapat paksa diri untuk start completekan thesis. Methodology, results dan conclusion baru nak sentuh. Isk3. Bersyukur jugak minggu lepas aku dah start buat sikit2 kat fakulti, kalau tak memang masak la minggu ni. 12July2013 - Thesis kena submit pada KP dan Supervisor (SV). Alhamdulillah, SV memahami. Terima kasih. SV call 9 lebih, tanya pasal thesis cause dia nak sign pada approve section. Pulak tu SV stay half-day jer hari ni, before 12 pm nak tak nak aku kena jumpa dia untuk tandangan bahagian tu. Kalut la...