Quick review: Secret Nature Cleansing Balm

Assalamualaikum. Hello.

Teman - teman sekalian, rajin tak buat double cleansing untuk rutin malam? Selalunya u guys pakai cleanser jenis apa ya? Selama ni aku pakai cleansing water; Eucerin namun sejak kebelakangan ni aku rasa malas lah sebab setiap kali nak bersihkan muka kena pakai facial cotton gitu. Sebelum – sebelum ini ada juga survey beberapa jenama yang ada produce cleansing oil & cleansing balm, tapi bila check ingredients macam tak ngam lah dengan dengan kulit.  Sehingga lah satu hari tu aku scroll Shopee ternampak lah cleansing balm brand Secret Nature yang kebetulan tengah sale time tu. Buy 100g free 1 travel size. As usual aku semak dahulu ingredients kat website COSDNA & Skincarisma, so far ok sahaja lah. By the way, skin type aku adalah oily acne-prone dan cleansing balm ni aku dah pakai dalam seminggu, so boleh lah aku share sikit apa yang aku 👍 &👎 dengan produk ni.   

Secret Nature Seaweed Fresh Cleansing Balm.

Apa yang aku 👍 dengan produk ini:

·         Tiada bau.

·         Pakai sedikit sahaja untuk kegunaan harian (no make-up).

·         Tak melekit.

·         Kebanyakan bahan adalah daripada ekstrak tumbuh – tumbuhan.

Apa yang aku 👎 dengan produk ini:

·         Harga asal agak mahal. RM 85 untuk 100g probably boleh tahan dalam 3 ke 4 bulan jika pakai secara consistent. 

·         Spatula agak besar dan panjang daripada saiz penutup jar, kesukaran untuk menyimpan spatula. I just use my finger lol.

Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan cleansing balm ini sebab mudah dipakai & kualiti pembersihan juga adalah baik.  
Repeat order : Highly yes especially kalau ada sale.

 




Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.