RhB : Reset phone no
Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.
Minggu lepas aku ada membebel pasal phone number aku kena block disebabkan aku key in OTP 3 kali. Time tu confuse huruf el (l) dengan nombor satu (1). Ok la aku perlukan bantuan so aku terus call customer center rhb tapi hanya sekadar dapat mendengar segala menu dan ads yang ada. Tunggu punya tunggu sekali engage pulak dah. Kredit jalan tapi masalah tak jalan. Aku try update no phone thru atm, tapi tak boleh pakai jugak sebab aku still guna nombor telefon yang sama. Trick tak menjadi. Semalam aku ingat nak pergi ke nearest branch dan settlekan benda ni tapi Alhamdulillah time aku dok scroll timeline kat twitter aku terbacalah segala post dan aduan sejagat customer - customer RHB ni. Rupanya boleh ask directly kat account rhb hahaha tak pernah tahu sebab ini pertama kali aku ada problem dengan rhb. Dalam 9 lebih aku pun memulakan misi asking for their help regarding this matter. Alhamdulillah, dalam 10 minit macam tu diorang respond dan minta aku pm details untuk tindakan selanjutnya. Syukurlah aku dengar phone aku ringing sebab tengah hari tu pihak bank call. Macam - macam soalan dia tanya as confirmation diri kita ni sebagai pemegang account yang sah. Bank matters o~ mana boleh main - main. Pihak bank bagitahu after lunch hour nanti aku dah boleh guna sistem OTP macam biasa. Aku takde la eager sangat nak terus guna, tapi kebetulan dah online ni kan lebih baik kita cuba. Alhamdulillah, sistem OTP berfungsi seperti biasa dan aku dapat selesaikan pembayaran ptptn untuk this month. :) Berhati - hati kot time nak key in OTP tu, hahaha. Oklah, selepas ni tak perlu lah bother nak call customer center diorang kalau ada apa - apa masalah sebab memang sukar nak reach pegawai diorang. Guna lah medium seperti twitter, facebook atau walk-in terus ke branch berdekatan kalau perlukan bantuan. Entahlah, aku pun hairan kenapa nombor tel customer care line disediakan, non-free toll pulak tu tapi macam takde function. Faham lah yang diorang ni busy tapi menambah fuel je kan bila kita call tak dapat - dapat. Haih~ Anyway, masalah pun dah settle dan incident kali ni aku terima as a lesson. One more thing, berbahasa lah dengan baik dan cari penyelesaian dengan sewajarnya. InshaaAllah akan dipermudahkan.
Jaa.
Awak nak cari kat mana ye benda tu?
ReplyDeleteHelo bolh cara mcm mna kmu buat otp klau kena blcked
ReplyDeleteNk buka block otp kn log in dulu ka
Delete