Aduan sejagat.

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.

Senyap sebulan dua ni tup - tup merungut pulak post aku kali ni. Pasal TM, RHB dan TNB. Sebenarnya, dalam dua bulan ni; Jun & July streamyx di rumah mengalami gangguan lagi. Daripada isu penambahbaikan gantian tiang telekom baru di setengah - setengah kawasan, sehingga lah kabel telekom rumah aku putus dilanggar lori buat kali yang kedua which is betul - betul seminggu selepas report sebelumnya closed. Tapi itu lah hikmahnya now tiang dah diganti dan dah ada tiang telekom di depan rumah aku. Selama ini installer dan pihak technician hanya lilit kabel telekom pada tiang elektrik sahaja. That's why la kabel senang putus. Aduhai, macam - macam. So, sepanjang bulan puasa dan raya no internet. Hahaha. Now boleh la rasa nak ketawa back then hot gila. Tak pasal - pasal kena subscribe mobile internet sebab senang nak berurusan dengan TM thru twitter especially bila kita nak tahu report updates / share picture as proof sebab kadang - kadang writings dan words tak begitu clear so send gambar kerosakan Inshaa Allah diorang akan lebih faham. Caption tetap berbahasa walaupun dalam hati macam dah fireee. Hahaha. Lagi satu malas nak layan tekan satu untuk bahasa, tekan dua untuk bla bla bla. Letih. Lately aku notice yang pihak TM tak send notification once report closed. Why eh? Sebab recently punya kes, aku diberitahu yang report sudah closed sedangkan internet belum ok, what the heck kan? Date penting sebagai rujukan terutamanya apabila kita apply rebat. One more hikmah, part yang aku suka which is bil internet kurang la sebulan dua ni. So, kalau internet tu tak ok segera lah call and jangan lupa apply rebat. 

Selama ni happy jer guna perbankan online RHB tapi semalam jadi terlebih emo sebab phone number kena block disebabkan salah key in OTP. Suppose huruf el (l) tapi aku key in nombor satu (1) dan caps lock i (I) bila dah kena block baru lah sel - sel otak ni berhubung. Pulak tu tak teringat langsung yang 3 kali  adalah maksimum untuk key in sesuatu code. Before this kejadian yang sama di web hasil. Semalam, repeat kesalahan yang sama. Tak suka. So, aku cuba call RHB customer centre dengan harapan boleh lah refresh nombor phone dengan segera tapi 4 kali call sepatah pun tak dapat bercakap dengan mana - mana pegawai sudah lah menu terlalu banyak, serabut! Such a waste. Almaklumlah tengah bersemangat nak buat payment untuk ptptn sekali bila incident macam ni berlaku sabar pun lebur. Better la aku pi menunaikan solat sunat dhuha terlebih dahulu. Ya Allah, terasa berdosa sungguh sebab marah - marah tadi. Now, dah calm down gitu. Mungkin ada hikmah tak bercakap dengan org RHB tadi. Hee. Memandangkan pencarian di google tidak banyak membantu, so aku decide untuk cuba di atm sahaja, within 24 hours katanya for the phone number to be updated. Bertabah lah diri ini.

Bil elektrik untuk last month ada tunggakan katanya. Havoc satu rumah mencari previous resit. Alhamdulillah, ada. How come la boleh jadi macam ni, dah la takrif elektrik semakin mahal. So please simpan segala bukti pembayaran dan semak betul - betul setiap urusan yang kita buat.

Semoga Allah lindungi kita. May Allah have mercy on us.

Jaa.

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.