Posts

Showing posts with the label puasa

Puasa ganti

Image
Assalamualaikumwarahmatullah... moshimoshi Hari ini dalam bulan Islam sudah memasuki 25 Rejab 1436 H, pejam celik sebulan ++ sahaja lagi InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu bulan Ramadhan, yakni bulan puasa. Dah get ready semua? Puasa ganti buat gadis - gadis bagaimana? Andai belum diselesaikan masih ada ruang lagi ya, jangan tangguh - tangguh lagi. Ehem. Ini juga ingatan buat aku, buat masa ini masih memasuki fasa puasa ganti, ada beberapa hari lagi, asyik bertangguh dan leka now baru nak memulakan misi. Tidak mahu jadi seperti tahun lepas, last - last minutes ganti puasa aku terus demam. Akhirnya kena forward 4 hari ke tahun ini. Fidyah tu. Aku kena cari solusinya. Seingat aku masa zaman muda remaja dulu, tak pernah bertangguh macam ni. Usually akan segera qada' kan puasa dalam bulan syawal atau sebelum muharram. Almaklumlah nak qada' puasa banyak - banyak di sekolah rasa berat sangat dugaan tu nanti, so sedaya upaya settlekan ketika di rumah. Sedihnya...