Puasa ganti

Assalamualaikumwarahmatullah...
moshimoshi

Hari ini dalam bulan Islam sudah memasuki 25 Rejab 1436 H, pejam celik sebulan ++ sahaja lagi InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu bulan Ramadhan, yakni bulan puasa. Dah get ready semua? Puasa ganti buat gadis - gadis bagaimana? Andai belum diselesaikan masih ada ruang lagi ya, jangan tangguh - tangguh lagi. Ehem. Ini juga ingatan buat aku, buat masa ini masih memasuki fasa puasa ganti, ada beberapa hari lagi, asyik bertangguh dan leka now baru nak memulakan misi. Tidak mahu jadi seperti tahun lepas, last - last minutes ganti puasa aku terus demam. Akhirnya kena forward 4 hari ke tahun ini. Fidyah tu. Aku kena cari solusinya.
Seingat aku masa zaman muda remaja dulu, tak pernah bertangguh macam ni. Usually akan segera qada' kan puasa dalam bulan syawal atau sebelum muharram. Almaklumlah nak qada' puasa banyak - banyak di sekolah rasa berat sangat dugaan tu nanti, so sedaya upaya settlekan ketika di rumah. Sedihnya apabila dah meningkat dewasa ni, dah meninggalkan zaman kampus ni malas nya makin bertingkat - tingkat. Apa yang malasnya aku sendiri tidak lah pasti. Barangkali dugaan nafsu & syaitan yang dah naik pangkat sekarang ni (kalau zaman muda - muda dulu mungkin taraf Prebet now Koperal or Sarjan). At the end, berbalik pada diri sendiri lah nampaknya, usaha kita bagaimana nak encounter semua godaan ini, tak boleh lah asyik dengan alasan sampai kita lupa tanggungjawab kita dengan Allah. Allah dah bagi cuti tu pandai - pandai la ganti yer, seronok la nak pi jalan - jalan dalam bulan puasa (especially time nak shopping raya) ditambah pula kalau ada geng yang juga tak boleh puasa, even tak boleh makan dan minum terang - terangan tapi nak minum boleh je kan as long as cover - cover, jaga adab tu. So, pada yang ada housemates, dormmates, roommates or member yang kamceng tu rasanya tiada masalah, boleh ganti puasa bersama - sama, bersahur dan berbuka puasa bersama - sama (part berbuka memang best) ada yang masak sendiri dan ada yang kedai tolong masakkan. Tak kisah lah asalkan halal. 

Sekadar perkongsian dan maklumat untuk aku juga, 

Puasa qada' atau puasa ganti hendaklah dilakukan pada hari - hari biasa melainkan pada hari - hari yang diharamkan berpuasa iaitu 

  1. 1 Syawal - Hari Raya Puasa / Aidilfitri
  2. 10 Zulhijjah - Hari Raya Haji / Qurban
  3. 11,12,13 Zulhijjah - Hari - hari tasyrik (3 hari setelah Hari Raya Haji)
  4. 29 atau 30 Syaa'ban - Hari Syak
Tempoh perlaksanaan puasa ganti adalah sebelum datang Ramadhan tahun berikutnya.


credit to the owner

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.