Tutup akaun BSN.


Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.

Awal bulan hari tu, aku tekad nak buat penutupan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dah bertahun – tahun tidak dikemaskini. Tujuan asal bukak akaun BSN ni disebabkan biasiswa zaman sekolah rendah dan menengah. Lama tu, since 1999. Akaun ni aktif sebab masuk duit biasiswa sahaja, dah habis sekolah & kolej senyap. Kemudian, tahun 2012, aku terpaksa buat buku baru sebab buku lama hilang / lebih kepada misplaced, siap kena caj 20 ringgit. BSN ni dah macam sleeping akaun jadi aku cuba juga bank-in 20 ringgit  for the past 2 years untuk memastikan ada urusan dijalankan. Dulu kad atm masih optional lagi dan boleh buat urusan keluar masuk di kaunter, sekarang dah wajib pakai debit kad pulak, caj tahunan pulak lagi, so better aku tutup je lah akaun ni. Dapat tahu kena caj 10 ringgit if tiada urusniaga dijalankan dalam tempoh setahun. Selama ni aku fokus pada 7 tahun tanpa urusan sahaja, tapi setiap tahun ada kiraan lain juga. Dah la diorang ni senyap je, duit takde la beribu tapi lepas la nak bayar PTPTN sebulan, dua. So, aku tak nak bertangguh lagi.
Alhamdulillah, petang Rabu tu aku pi bank. Time t u after lunch & Zohor break, takde orang. Masuk ambil nombor terus kena panggil. Aku bagi buku cakap nak tutup akaun, kerani tu minta IC. Isi borang pengeluaran duit, lepas tu cop jari di pada satu surat yang penutupan akaun. Kerani tu bagi duit dan selesai. Bila aku semak penyata pada buku, ada penolakan 10.60 untuk satu tahun ini yang tak pasti which tahun sebab tak dinyatakan tarikh. Alhamdulillah, urusan selesai dalam masa kurang lebih 15 min. Bergembira beli KFC jap.
Okay, now i'm thinking of closing my Bank Islam account soon. Sama juga sleeping account sebab dah takde loan PTPTN masuk, ohh at least BR1M 2,3 tahun ni ada la hidup sikit. InsyaAllah akan diusahakan sebelum hujung tahun ni. 
Jaaaaa....

P/s: Post yang ditulis ini merupakan pengalaman saya membuat penutupan akaun BSN tempoh hari. Saya bukan lah seorang yg arif mahupun seorang kakitanan mana - mana bank. Oleh itu, sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh diajukan kepada khidmat pelanggan bank masing - masing kerana saya hanya mampu menjawab berdasarkan pengalaman & pengetahuan yang terhad. Saya mohon maaf sekiranya pertanyaan tidak dapat dijawab dengan tepat. Apa - apa pun terima kasih kerana sudi membaca post ini. #staysafe

Comments

  1. salam sis , masa saya buat akaun tu , dia ada bagi satu surat , macam surat buka akaun la . tapi surat tu dah hilang dan saya nak tutup akaun tu sebab dah tak guna . penting tak surat tu untuk saya tutup akaun bank saya nanti ke tak perlu bawak pun surat tu ? macam mana ye sis ? harap boleh respond . thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, hi awak. It's ok, bawa IC sahaja then bagitahu yg awak nak tutup akaun. Ke dah settle tutup akaun tu? ��

      Delete
    2. Salam nak tanya kalau akaun tak aktif.. Kalau kita masuk kan duit kat dlm akaun tu duit ada x kat dlm akaun tu

      Delete
  2. Assalam..nak tnya akaun sy last kemaskini 2006 pastu xkemaskini lngsung..adakah pihan bank akan blok akaun tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Apa yg sy tahu akaun yang tidak aktif selama 7 tahun akan ditutup oleh pihak bank dan jika ada baki akaun, duit itu akan dipindahkan ke jabatan wang tidak dituntut. Sepatutnya dlm masa 7 thn tu, bank akan hantar surat sama ada mahu terus aktif atau tidak.

      Delete
  3. Pemilik akaun boleh tak hantar wakil untuk tutup akaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh, sebab perlu cap jari

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak tanya kalau nak aktifkan akaun bank akan dikenekan bayaran tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Bunny Lover. Saya tak pasti ada bayaran khas dikenakan atau tidak, tapi mungkin kena deposit sikit duit dalam akaun untuk hidupkan semula akaun tersebut. Awak perlu ke kaunter & jumpa pegawai bank untuk aktifkan akaun tersebut.

      Delete
  5. hai nak tanya. kalau nk minta penyata akaun untuk beberapa bulan yg lepas ada kena bayaran tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Baru - baru ini ibu saya ada minta penyata akaun untuk semak baki yang terbaru, tempoh 1 ke 2 bulan, tiada caj dikenakan atas urusan permintaan drpd amanah ikhtiar.
      Lain - lain saya tidak pasti, tapi awak boleh rujuk di sini.
      https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=320&menuId=&checkMethod=&

      Delete
    2. amanah ikhtiar Malaysia tu satu agensi sah under kerajaan yang menyediakan pinjaman modal untuk usahawan kecil - kecilan.

      Delete
  6. kalau kita nak buka akaun bsn ke dua boleh ks ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu nama tapi mahu dua akaun berasingan? Untuk tujuan yang berbeza ya? Rasa nya boleh.

      Delete
  7. Saya baru ke buat akaun bsn bulan lepas dan tiba² rasa nak tutup sbb ada masalah sikit . boleh ke nak tutup walaupun baru buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi ada penalti RM 20 kalau tutup dlm tempoh 3 bulan drpd tarikh buka akaun. Selepas 3 bulan, percuma.

      Delete
  8. Nak tanya say ada dua akaun bank bsn yg satu tu dftr no lama tpi du x guna yg satu lgi tu dftr no baru tpi knpa yg tu hntr no tac dgn no lama berkait jugk ke n macm mana nk tukr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. No tel yg didaftarkan untuk TAC kita boleh tukar di atm. Tapi untuk keselamatan lebih baik berhubung sendiri dengan pegawai di kaunter BSN memandangkan awak ada dua akaun & no tel berbeza.

      Delete
  9. Ingin Bertanya , Kalau Buku Bank Hilang , Boleh Kah Kita Buat Pengeluaran Di Kaunter BSN . Sebab Saya Masih Belum Ada Apa² Kad Lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sy tahu, sekarang ni buku bank dah tak digunakan lagi termasuk lah bank Tabung Haji. Apa - apa transaksi seperti pengeluaran dan penyimpanan kurang Rm3000 perlu dibuat di mesin atm. So, untuk kemudahan lebih baik ada kad.

      Delete
  10. salam, nak tanya kalau nk tutup akaun bank islam nak kena ada kad atm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Mengikut pengalaman saya hari tu, time nak tutup akaun bank islam, kerani minta kad bank untuk dipulangkan..

      Delete
  11. Hai sis , kalau kita lama tak keluarkan duit dari bank tu , masih aktif tak bank tu ? Maksud saya duit biasiswa saya dalam bank bsn tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis , kalau saya pakai bank yang untuk biasiswa tu untuk bank BSH saya , boleh tak ?

      Delete
    2. Setahu saya apa - apa akaun bank yg aktif boleh jer digunakan utk BSH.

      Delete
  12. Kalau bank bsn tu lama tak aktif , masih boleh guna untuk BSH ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akaun tak aktif, urusan keluar masuk duit tak boleh dibuat.

      Delete
  13. Replies
    1. Tiada bayaran dikenakan. Siap boleh dpt duit lagi kalau ada baki dalam simpanan.

      Delete
  14. Sis nak Tanya berapa tempoh utk akaun bsn utk menjadi tidak aktif ye? Sebab saya Ada akaun bsn dibuka pada tahun 2012 dah 8 tahun tiada transaksi, saya pon xtahu aktif ke tidak sebab xdapat apa2 Surat Dari pihak bank. Kalau dah xaktif boleh ke nak aktif Kan balik?, Dan dimana utk saya aktifkan akaun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya 7 thn kalau tiada sebarang transaksi. Soal nak aktifkan akaun ni mmg awak kena berurusan dgn bank. Cuma sy tak pasti sama ada boleh dilakukan di mana - mana cawangan atau cawangan BSN tempat awak buka akaun tu. Sbb sy buka & tutup akaun BSN hari tu di cawangan yg sama.

      Delete
  15. Saya Ada akaun bsn tetapi sudak tidak aktif,boleh ker kalau saya mahu aktifkan balik,Dan number akaun Yang sama.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cuma saya tidak pasti sama ada akaun boleh diaktifkan semula di mana - mana cawangan atau hanya cawangan tempat akaun bank tersebut dibuka.

      Delete
  16. Sis,akaun maybank sy da tak aktif sbb setahun da takda tranksaksi kua masok. Then bpn ni sy gunakan akaun maybank. Cmane ye nk aktifkan semula ? Maknanya duit bpn nanti xbole masuk ke dlm akaun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akaun kalau nak aktif semula memang kena pergi bank. Berkaitan duit BPN tu, kalau akaun dah tak aktif akan dimaklumkan status gagal kredit. Selepas selesai PKP, baru boleh keluar duit secara tunai di BSN. Akan diberi satu code number untuk urusan pengeluaran.

      Delete
  17. Sis saya nak tanya tadi saya p bank cek di atm bsn xdpt cek dia ckp akaun saya xaktif..tapi bulan lalu saya ada cek dpt pulak.mcm mana nak aktifkan akaun bsn saya balik adakah duit xdpt masuk dalam akaun tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusan pengaktifan akaun bank ni memang perlu dilakukan di bank. Berkaitan duit itu, jika berstatus gagal kredit (duit tak dpt masuk akaun yg didaftarkan), slps pkp akan diberi satu code number untuk pengeluaran tunai di bsn.

      Delete
  18. Hai sis nak tanya. Kad bsn saya tdi try check baki dekat atm tu dia ckp sana akaun pilihan tidak sah. Boleh tolong explain tak apa maksud tu sis?thank you. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Awak check baki kat atm bsn atau atm bank lain? Sbb sy pernah tgk seorang makcik ni dia nak keluarkan duit di atm rhb pakai kad bsn tapi tak boleh. Kalau problem tu kat atm bsn, better contact terus kat pegawai di kaunter.

      Delete
  19. assalam sis... saya guna bsn..thun sudah duit masih bley diambl bila bsh msuk...cuma jrang msukkan duit dlm tu..jd saya nk tnya...bnk sy msih aktifkan...sbb klu.ikutkan yg cik terang..bnk akn antr surt samaada mahu @ x utk aktif bnk kita...tp arini adk sy bnk in on9...xbley..mlalui.cdm pun xleh..mcm na ya miss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Selama 7 thn kalau akaun tak aktif baru diorang hantar surat kalau sy tak silap. Kalau dah pasti betul2 no akaun tapi duit tetap tak masuk, kena dapatkan pencerahan drpd pihak bank itu sendiri.

      Delete
  20. Assalam,sya nak tnya klau nak bukak balik akaun bank islam yang sya dh tutup skali dgn no.acc yg lma boleh tak?,sbb dlm maklumat bp bujang ad no.acc bank islam yg sya dh tutup tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Setahu saya bila dah tutup sesuatu akaun tu mmg takde lah no akaun tersebut. Buka akaun baru akan dpt no akaun yg baru. Berkenaan bp, untuk status gagal kredit (duit bp x masuk sbb akaun dah x aktif/ tutup) pihak lhdnm akan maklumkan nanti. Selepas selesai pkp untuk ambil duit secara tunai di bsn.

      Delete
  21. Saya nak tutup akaun bank sya tpi buku bank hilg. Mcm mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak cuma perlu bawa IC sahaja, tak perlu buku bank.

      Delete
  22. Saya nak tanya saya dah tutup alaun bsn saya...kemudian bantuan bpn disalurkan ke akaun bsn yang telah ditutup itu..bolehbah saya aktifkan akaun yg telah saya tutup itu semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya kalau akaun bank dah ditutup, mmg takde aktif semula.

      Delete
  23. Saya nak tanya saya dah tutup alaun bsn saya...kemudian bantuan bpn disalurkan ke akaun bsn yang telah ditutup itu..bolehbah saya aktifkan akaun yg telah saya tutup itu semula

    ReplyDelete
  24. Saya nak tnya dekat mana kite boleh tahu yang akaun kite gagal dikreditkan? Masa semak kelayakan ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tapi awak kena daftar di laman web bpn terlebih dahulu. Lepas log masuk baru awak boleh semak status lulus / gagal kredit tu. Kat situ juga ada no pin yang boleh digunakan untuk tebus secara tunai di bsn, tapi buat masa ini no pin belum ada lagi. Mungkin lepas pkp baru diorang update no pin.

      Delete
  25. Assalamulaikum saya nak tanya .kalau nak tahu buku bsn tu aktif atau tidak macam mana ye? Sebab semalam pergi bsn nak tkar buku bsn kepada kad ,polis tu tanya buku tu aktif atau tidak ,kalau aktif bole tukar kalau tk aktif tkbole katanya emm mohon jelaskan ye em

    ReplyDelete
  26. saya kad bank tak aktif lama dan bila nak aktif saya bagi ic dia cakap tak boleh dan bila nak buat akaun baru tak boleh apa sebab yaa

    ReplyDelete
  27. Nak tanya sis..kad BSN Sya 2 thun SDH xada keluar masuk duit..
    Ada kh kad Sya masih aktif lagi??

    ReplyDelete
  28. Asalamualaikum nk tanye klo x aktif selama 12 tahun boleh x kemaskini lagi

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.. Nak tanya kenapa akaun bsn di tutup oleh bsn kerana Perkara 13.

    ReplyDelete
  30. Sya mau tanya ,bru² ni sya sdh mengaktifkan akaun bsn sya ..
    Lalu sya mengeluarkan semua duit dalam akaun tu
    Berapa lama tempoh akaun tu akan tidak aktif ??3bulan
    Atau terus tidak aktif sebab duit dah dkeluarkan semua
    And satu lagi ,duit yang dmasuk kan lagi dari mana² kedalam akaun masih bkh kah ?

    ReplyDelete
  31. Salam Cik,nk minta pendapat apa perlu sy buat bila telah disenaraihitamkan semua bank apalagi bsn tempat wang elaun oku sy diterima sekarang 2 bulan dh tk dpt nk mohon wang kwsp pun tk dpt alhamdulillah bsh guna wife punya bila sy p bank smua jawapan sama iaitu langgar syarat tp tk jelaskan salah apa sebab sy tk buat salah apa pun harap ada jalan selesaikan masalah ini sy dh oku org susah pula,t kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.