Vitamin C supplement. Perlukah?

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.

Hujung tahun  lepas aku ada beli Vitamin C brand Nutriforte di farmasi, consume dalam 3 minggu macam tu, mostly aku makan half jer setiap hari sebab tak mampu nak telan satu biji, besar. Bila makan Vitamin C tu, pandai pulak aku nak minum banyak air kosong dan sarapan. Vitamin C ni memang la bagus sebab dia membantu dalam memulihkan sel - sel dan tisu dalam badan kita, serta meningkatkan imunisasi. Pharmacist suggest sebab muka aku ada acne and scar so by consuming Vitamin C dapat lah membantu. So, aku beli lah satu botol (non-acidic) Vitamin C, Alhamdulillah takde lah rasa loya, headache or stomach cramp tapi aku perasan yang period aku datang cepat sikit bulan tu. Hurmm.
Aku ni noob sangat, ingatkan Vitamin C rasanya macam buah oren padahal tasteless kalau gigit dan kunyah lagi tak best. Aku pernah kunyah satu biji masa pertama kali nak makan Vitamin C tu, susah nak telan sebab size dia yang besar gedabak tapi aku terus stop kunyah Vitamin C selepas baca satu artikel side effect of kunyah : corrosion pada gigi (acid). Kemudian aku cut & makan half jer sehari, make sure yang korang breakfast terlebih dahulu, prevent daripada indigestion. Sebenarnya kalau tak beli yang tablet pun boleh, makan jer buah oren / citrus / lemon / kiwi / strawberry / pineapple / papaya / berries / tomatoes sebab kandungan Vitamin C dalam buah - buahan tersebut memang cukup untuk keperluan seharian. Badan tak perlukan banyak pun around 65 - 90mg sehari. Yang dalam bentuk kapsul tu size nya sangat besar up to 1000mg, tak tahu why production macam tu. Memang la Vitamin C ni bersifat larut dan lebihan yang tak digunakan akan keluar melalui air kencing, rasa macam sayang pulak kan. 
Bulan lepas aku pi jumpa doktor di poliklinik Dr. Azhar, sebab demam, batuk & selesema. Dalam pada tu sempat la aku tanya pada doktor berkenaan mengenai pengambilan Vitamin C. Doktor di situ kata tiada masalah kalau nak ambil tapi dia bukan lah ubat kalau dah selesema dan batuk macam ni. Aku tanya jugak lah kenapa size 1 vitamin C tu sampai 1000mg, bukan ker badan perlukan dalam 70-100mg sehari? Dia kata ok sebab vitamin tu larut dalam air, nanti dibuang melalui air kencing.
Di twitter aku ada follow akaun @TwitMedic, dan lately banyak juga perkongsian mengenai Vitamin C ni. 
Now, aku dah berehat daripada makan kapsul Vitamin C rasa malas pulak dah. Baik makan buah dan favourite aku lately adalah cherry tomato. 
"Tomatoes contain a great deal of Vitamin A and Vitamin C. This is primarily because these vitamins and beta-carotene work as antioxidants to neutralize harmful free radicals in the blood. Free radicals in the blood stream are dangerous because it may lead to cell damage."
For reference:
Jaa,mata ne.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.