Journey~ Kl - Kampar

Assalamualaikum warahmatullah
moshimoshi

Perjalanan bermula~ Bangun awal, usai solat subuh terus bersiap packing - packing untuk balik kampung. Tekad nampaknya. Selalu aku begini lah, last minute decision maker  and dalam waktu yang sama kapla otak ni ligat memikirkan plan - plan yang melibatkan waktu terutamanya. Alhamdulillah, settle kemas bilik, bersiap, buang sampah dan bersarapan. Kebetulan mak saudara aku kurang sihat pagi itu, jadi sarapan nasi lemak dibeli di kedai sahaja, aku pulak nak balik pagi tu, rasa bersalah pula sebab tak inform awal..errr..last minute... but since cousins aku ramai di rumah tu so tak mengapa lah, anything mereka ada. Try my best untuk stick dengan original plan pasal nak tunggu bas lagi untuk ke stesen komuter shah alam sengaja aku tak nak mintak tolong cousin aku hantar segan la rasa, padahal boleh jimat masa tau if orang hantarkan. Seriously. Saja nak fefeeling lone ranger hehehe ada option bukan? 

Sembang sekejap kemudian aku beransur gerak ke bus stop, time tu dekat pukul 9 pagi. Since dah lama tak naik bas di situ aku tak dapat mengagak pulak masa menyebabkan aku lost timing. Hari Sabtu bas memang lewat, sejam satu aku rasa. More than 45 min aku tunggu, seorang pulak tu, seram pun ada, even tepi jalan, ada perumahan tapi seram kat manusia la, orang yang berniat jahat, so aku baca la doa sebanyak mungkin. Kebetulan ada pulak budak laki - laki naik motor berhenti tidak jauh dari situ, pastu menanyakan jalan. Aku tak tahu la dia faham ke tidak pasal aku pun bukan arif sangat berkenaan direction ni, kalau drive sendiri boleh la. Lama lepas tu baru ada seorang perempuan India datang kat situ, ok la sikit walaupun tak bertegur sapa. 
9.45 pagi baru bas rapid pun sampai, oh ini ka timing dia, kena take note pasal weekdays & weekends timing memang tak sama. Sampai seksyen 2 dalam 20 min, tak lama lepas tu bas T529 pun sampai, rezeki2. Ramai rupanya yang turun di stesen komuter, masing - masing ke kl la tu. Terus beli tiket ke Kl Sentral MYR2.50, dan menunggu dalam 5-10 min macam tu, Alhamdulillah banyak seat kosong makanya bolehlah aku duduk dengan selesa. 
Sampai je di Kl Sentral bergegas cari tiket ets, satu kelemahan aku kat Kl Sentral ni is the right side and the left side. Baca papan tanda pun boleh konfius lagi, adakah faktor umur ke cik kak? maybe~ time tu dah pukul 11++ pagi and awek kat kauter tu beritahu train terdekat is 1.00 pm. Aku cakap kat dia nak train pukul 6, haha suka hati jer. Actually, tu kaunter pertanyaan & no giliran sahaja, sibuk plak aku bagitahu kat dia. haha. So, while waiting for watashi punya giliran, masih mencari kata putus pukul berapa nak balik, if pukul 6 nanti arrive di Kampar almost habis waktu maghrib, if pukul 8 agak lewat apa aku nak buat lama - lama di sini, so the better option yang tinggal hanyalah pukul 3 petang. Kira punya kira timing di dubu - dubu, san fransisco coffee and perjalanan kmid valley aku rasa masih sempat lagi. Ada 2 jam lebih, Alhamdulillah sempat untuk menunaikan hajat yang dua tu (dubu-dubu & coffee), prepared coins & beli tiket di mesin seriously coins sangat membantu di sini at least tak perlu beratur untuk dapatkan tiket right?

Arrived at Dubu-Dubu Seoul around 12 pm. Berjalan pantas lagaknya aku, kejar masa walaupun masih early actually tapi bimbang kalau - kalau restoran ni penuh time - time lunch & hey Sabtu! macam ramai je. Berjalan straight ke level G, B1 sebenarnya aku dah ingat - ingat lupa lokasi dia, mujurlah jumpa WoW! dah renovate awak. 
Amek port meja no 19, betul - betul dekat dengan pintu masuk and silap gaya boleh wat free CF di situ coz antara you dan orang yang lalu lalang kat luar tu hanya dipisahkan oleh dinding kaca, artifak menu pun dipamerkan kat situ. Gila tak strategik. Kalau nak poyo lebih - lebih tak dapat la pasal orang memerhati. krik..krik..krik.. 
Make an order as usual set Soondubu Jigae Seafood sama ais Peach and tapau tteobokki satu, balas dendam! hahaha. Alhamdulillah, machisseoyo~ 
Then gi solat di surau level yang sama, baru pekena latte San Francisco, nikmat juga ni. Before balik, ternampak pula Korea Food Festival di Aeon, terspot Pepero. Beli la satu kotak macam berbaloi juga padahal bukan peminat tegar pun tapi macam best jer! Yang aku terbako ni pasal apa kaunter bayaran khas kat luar tu tak dibuka pasal time tu lunch hour ka? satu barang je tapi kaunter express pun tak express mana kan, ada plak ha incident harga barang tak tally la, tak kan tak bagi pulak kan customer tu nak mencelah, aku dah la nak ke toilet ni. Sabar je banyak - banyak ha.

Alhamdulillah, train tak delay and aku dapat seat sebelah chinese girl ni. Ramah tau orangnya, seronok la dapat borak sekejap kan sementara train nak depart. Tak tahu pulak aku ada PC fair kat mid valley tadi kalau tak boleh usha - usha sekejap. 
Begitulah perjalanan nak balik ke hometown ni ha, Alhamdulillah pukul 5 tu sampai Kampar mak dan bapak were already there. Heavy rain. 

Jaa~ mata ne...

PhotoPhoto:-


my kazoku.
t
erima kasih la sudi hantar teman. 

DubuDubu
Soondubu yummy~

Caramel latte

Pepero paling sedap pun hazelnut yang lain so-so
#notakaki

# seronok travel ni, tak kisah la ke mana - mana, pasang impian Jepun / Korea ~
# terkilan juga because tak dapat jumpa kengkawan lama..it's ok k k.. belum berjodoh~
# Alhamdulillah tercapai hajat :)

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.