Hari Bahagia Dayat
Assalamualaikum warahmatullah~
moshimoshi :)
Ashita wa (esok) genap sebulan umur perkahwinan my close friend Dayat. Alhamdulillah sedar tak sedar dah 3 orang members ClusterCrews naik pelamin, coming soon seorang lagi Q which is early next year, Z pula nampaknya ada bunga - bunga ni, so yang tinggal aku & ez. Ok. Sempoi.
Tetiba.
Story mory pasal wedding dayat bulan lepas di dewan berhampiran perumahannya di kg tali air. Alhamdulillah seperti yang dirancang aku dapat menghadirkan diri bekwah sebelah perempuan 25 Oktober lalu bertemankan Q, Saa & Aten sambil diescort oleh tunang Q sebagai pakar jalan. Thanks ya~
tema color purple, kalau tak silap before raya haji tahun ni pergi shopping kat angsana mall, before this known as Greentown mall common area kalau nak cari baju raya, aksesori, baju t-shirt, yang luar dalam dan sbagainya..hehehe..sepanjang tahun ada. Alhamdulillah kebetulan menjengah kedai - kedai di sebelah dalam tingkat satu dapat la sambar sepasang baju kurung pahang warna purple maroon bolehlah digayakan untuk majlis dayat nanti, actually masih dalam budget dan saiz pun ada well~ kebiasaannya kalau baju less hundred ni saiz is very limited barangkali tidak ramai yang menggemari fesyen sebegini mungkin. hurm. Random sahaja untuk dipadankan dengan selendang warna belacan yang aku dah beli kat booth ground floor, syukurlah boleh mix and match supposely beli baju dahulu ini very the takde law style.
Habis citer pasal baju, aku plan untuk beli hadiah..terlupa nak tanya member - member lain about sharing hadiah. Kelebihan jugak sharing ni means kita boleh beli sesuatu yang grand untuk pengantin kalau ramai - ramai kongsi isn't? tapi aku dah terlepas beli, baru la ada yang mention pasal kongsi hadiah ni, awok dah beli kome lambat sangat kabo, takpe la lain - lain hadiah dapat. Aku ni budget tak banyak so dalam kapla otak ni fikir purezento yang ada nilai - nilai sentimental la. I bet ramai yang tak berkenan hadiah macam ni. hahaha. depa suka big - big hadiah macam peti ais, microwave, tong gas dua tiga bijik dll. So Aeon salah satu mall yang banyak la menatang ni. Alhamdulillah yang dicari dah jumpa. Settle.
Baju ok, hadiah ok now kena la cari tiket. Now perkhidmatan bas ekspress ke shah alam bas perak roadways dah lama takde sejak bas stesen dipindahkan ke aman jaya. tak mujarab betul kerajaan negeri!! paling dekat pun transnasional or plusliner di gunung rapat but still ok lah. Another option is eTS di Kampar, better naik yang ni, turun kl sentral,amik komuter ke shah alam cuma stesen komuter ni pedalaman la kan kena ada orang hantarkan baru ngam. Kebetulan nak amik tiket hari ahad tu server pulak down, dah tu aku plak yang down kejap kan. esok datang kata awek kaunter tu pasal tiket hari jumaat banyak available lagi. harap - harap begitulah kan. Balik rumah doa banyak - banyak. Alhamdulillah selasa tu dapat tiket ke kl sntral MYR22 sahaja jam 3.20 ptang. now I kena planning transport dari shah alam ke rumah kawan ku di sek 7 or ke rumah makcik aku di sek 10. dilema oh dilema. Pada awalnya aku dah berjanji untuk menumpang di rumah Q sahaja memandangkan sabtu itu nak gerak sekali tapi Q juga merancang untuk ke hutan melintang jumaat tu menghadiri majlis perkahwinan Nad classmate Q merangkap my former junior kat bainun alih - alih kat shah alam sebatch pulak kita adushh kantoi I, begitulah perjalanan hidup. sabar2~ berbalik pada cerita tadi, ada plak offer dari angah kononnya boleh fetch aku petang tu ke rumah makcik, berita baik tapi kemusykilan melanda coz dia kan nak balik kampung wedding cousin aku di ipoh sabtu tu. ok. brharap juga tapi jangan tinggi sangat. gembira dah aku pasal ada yang nak amik tup tup khamis tu cancel pulak pasal dia balik kampung pagi jumaat. Sudah teriak aku jap. stay positive! time tu tahu satu je ALLAH ada. ALLAH is always with us. DIA akan bantu tunjuk jalan. dalam erti kata memujuk diri sendiri pasal tak mahu sedih2 benda macam ni appa pulak mai tanya macam mana nanti, waduhh kantoi air mata kita. kita kata ok2 je. Dalam hati ingat ALLAH sahaja :)
Berita baik! esoknya aku dapat mesej dari Q, dia kata tak jadi pi wedding Nad pasal Aten tak dapat cuti hari Jumaat tu, and minta aku turun di padang jawa bererti dia boleh fetch aku petang tu. Masya-Allah. Subhanallah. perasaan aku time tu bersyukur sangat2 kerana ALLAH dah permudahkan salah satu urusan hambanya. Alhamdulillah.
2.30 petang bertolak ke stesen keretapi Kampar, satu family hantar except my sis in-law sama my anak2 saudara, tak menahan macam nak fly jauh jer, hehe. aku yang bawa bagasi 24" memang dikritik perabih oleh my sis-bro, aku plan nak lepak seminggu di Shah Alam pasal lama dah tak lepak dengan kawan - kawan & kononnya nak pi jobfair kat Uitm, haram tak pi, huhu. ni second time aku naik ets dengan beg pulak besar, tak terangkat aku kat tempat beg syukurlah ada malaysianh husband-wife yang prihatin, Romba Nandri :) Tobat rasanya nak angkut beg besau dalam ets pasni.
Setibanya di KL Sentral lewat 20 ke 30 min daripada waktu yang dijanjikan, syukurlah masa bertolak tadi agak punctual :) Bersesak dalam komuter itu lumrah, aku tak kisah pasal tempat duduk asalkan aku di couch wanita, rasa lebih safe bukan? Kalau tak silap ada 12 stesen before I reached Padang Jawa, lenguh memang boleh tahan la kan sampai ada yang perasan kot & offer aku seat ketika di stesen Shah Alam. Tergelak kecil pasal kebiasaannya kita akan offer seat pada yang memerlukan bukan? haha. Maybe gadis remaja tu melihatkan lagak aku yang memerlukan kot, jenuh berdiri. Aku menolak dengan baik pasal sat gi Padang Jawa alang - alang je nak duduk, dengan beg besau lagi.
Alhamdulillah, maghrib tu sampai dan solat jama' di rumah Q. Setahun lebih tak jumpa dah berkereta kawan aku sekarang, dapat aku tumpang ye tak :) Berborak la kami sampai satu dua pagi more to Q's job prospec and working environment. Yup dapat ilmu di situ.
Keesokan paginya tunang Q dah get ready tolong drive ke rumah Dayat, Saa & Aten pun aku dapat jumpa. Rindu. Now, Saa continues her Master Degree and Aten currently working. On the way pun sembang lagi, time balik je senyap sikit pasal masing - masing dah penat. hehe. Less than one hour sampai lah kami di tempat majlis, pengantin sedang makan beradap almaklumlah dah pukul 1++. Of course la bride tak nampak kami, so better isi perut dulu dengan makanan yang sedap - sedap, dapat layan kambing bakar lagi, oh hampir terlupa yang ayah Dayat pengembala kambing berjaya that's why la ada kambing sedap.
Sambil makan layan agenda pengantin potong kek la, touching pulak aku apabila pasangan pengantin buat request suapkan kek untuk parents diorang. Memang A+ ko Dayat, macam kali pertama aku tengok program sebegini di majlis kahwin selalu suap - suap kek among bride-groom sahaja but this time jemput mak ayah sekali sangat la bagus. Yang ni sila ikut. Ok. Berkumandang pula lagu ayah & ibu memang kena la, tapi ku tahan jer rasa sebak tu pasal tengah menyantap nasi ni tak mau la teriak pulak. hehe. Dah settle makan semua, elok pulak pengantin turun bersalam - salaman dengan tetamu, lucu betul pasal Dayat langsung tak perasan kitorang ermm nak kena ni! Nervous kot. Sebelah meja pun dia tak perasan lagi, isk3, last - last budak - budak ni panggil baru kau sedar Dayat. Dah agak dah reaksi dia tapi aku la emotional gila, malu pulak rasa. By the time kitorang hug jer luruh gila air mata ni, macam sensor, automatic hujan. Itu pun aku control - control juga kalau tak kabhi kushi kabhi gham la. Kasihan rosak maskara pengantin, Terima kasih pasal T_T bersama. Aku pun tak tahu la apa yang aku ucap kat ko harap memahami ya orang tengah sedih time tu. Itulah tangisan kegembiraan. Jujur aku tak pernah menangis time wedding2 sebelum ni, iyelah dah kenapa nak menangis ye tak? So, this means something. Aiyo~ in friendship la awak.
After solat asar, hangout dengan Aten di area PKNS, Saa nampaknya dah bosan jalan - jalan situ and Q ada misi membeli hadiah so kami berdua sahaja meredah mall petang tu. Malam tunggu bas nak masuk Uitm, time tu dah 9 lebih ada pula bas free provided redah sahaja lah. Sampai kat bus stop mawar terlupa yang pintu belakang Kristal dah ditutup / disimen, nak panjat masuk berbekalkan baju kurung memang tak sesuai la sexy gila. So sorry kat Q and tunang dia coz kena fetch kami di DC, pasal dah takde option time tu. Huhu.
Dan esoknya kami sarapan nasi goreng Q dan sata instant *sedap sangat sampai la ni dok terbayang keenakan sata tu, weh kat mana nak cari jenuh la kena pi terengganu, seriously hari - hari makan pun tak bosan. Ok. Dapat ilmu belajar masak nasi goreng then balik sibuk citer kat mak & bapak yang experts hohoho very da keanak - anakan. Then aku pun lepak beberapa hari di rumah makcik ku & rumah angah ku kebetulan family aku pun mai shah alam dapatlah aku menumpangkan beg 24" itu ke kampung. Ada satu lagi hajat yakni nak pi makan dubu - dubu that's why la mintak kebenaran nak stay until Sabtu.
Jaa, mata
--To be continued--
#notakaki
# Saa told me that "am makin sentimental sekarang" haha no la dear, i'm always like this maybe time study I agak rugged barangkali.
# I agree with Saa, by the time our close friends get married we feel lonely, and yeah I react way too emotional. huhu. Thanks Saa coz memahami.
# Selamat pengantin baru Dayat & Haizal. May Allah bless your marriage life.
#everyfriendhastheirownvalueloveyou
PhotoPhoto:-
Comments
Post a Comment