Perjalanan ke sesi II Diploma Profesional Pembangunan Luar Bandar (DPPLB) di INFRA.
Alhamdulillah. Selesai tugasan ulangan sesi II Program Diploma Profesional Pembangunan Luar Bandar (DPPLB) anjuran KPLB/INFRA/UNIkl
pada 16 Oktober 2019, masa 9 pagi – 4.00 petang bertempat di INFRA Bangi.
Alhamdulillah. pencarian Google banyak membantu aku mencari lokasi, tambang & perkhidmatan yang ada untuk sampai ke sana.
Penginapan telah disediakan pada 15 hb 2019 di Pusat
Latihan Agro, Bangi (berhadapan INFRA). Selesa.
Exam pukul 9 di INFRA, 50 soalan objektif dalam masa 2 jam. Tak baca buku, sekadar apa yang ingat sahaja.
Menghampiri 11 pagi, memohon untuk menjadi pembentang kertas kerja yang pertama sebab nak gerak awal dari INFRA. Dalam setengah jam sesi pembentangan (pelan perancangan kampung & ringkasan pelan perniagaan) termasuk sesi Q&A oleh Prof yang menilai. Kak Ana punya giliran selepas aku, so kami dapat pulang awal sebelum pukul 1.00 lagi dan Kak Ana tumpangkan aku sampai Putrajaya Sentral sebab aku nak merasa naik KLIA Transit.
Berikut adalah kos pengangkutan:
Rumah-Kampar KTM Station (sendiri).
ETS: Kampar (12.25 pm) – KL Sentral (2.50pm)
(cash:RM 31)
KTM: KL Sentral (4.36pm) – UKM (5.15pm) (TouchNGo:RM4.20)
UKM KTM Station (5.27pm)-Pusat Latihan Agro
(6.20pm) (GrabPay:RM18)
INFRA-Putrajaya Sentral (tumpang kak ana).
Putrajaya Sentral(1.36pm)-KL Sentral(1.55pm)(cash:RM14)
KL Sentral (4.00pm)- Ipoh KTM Station (7.10pm)(cash:RM36)
Ipoh KTM station(7.25pm)-Ipoh
Parade(7.35pm)(GrabPay:RM8)
Penginapan disediakan. |
Gembira sebab dah selesai, nak balik. |
Sesi pembentangan. |
Pertama kali naik KLIA transit, mahal tapi laju. |
Saja nak merasa barista buat, sama jer macam mesin kat Shell tu, |
Akan datang tanya dulu ya macam mana rupa take away bitsu, cantik tapi sambil jalan kena habiskan. |
Jaa.
Comments
Post a Comment