Pengalaman : Kursus Induksi MPKK 2019
Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.
6 dan 7 March yang lalu, aku berpeluang untuk menghadiri kursus
Induksi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Pembangunan
Luar Bandar. Anggaran peserta seramai 1658 orang, that’s why ada 4 hotel yang
terlibat. Daerah aku bersama beberapa daerah lain ditempatkan di Tower Regency
Hotel & Apartment, Ipoh. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan
kepada Pengerusi & Setiausaha MPKK di seluruh negeri Perak berkaitan hal –
hal yang melibatkan profil kampung, permohonan geran, minit mesyuarat dan
sebagainya.
Aku ni dah lama sangat tak involved dalam program macam ni, kali
terakhir zaman campus. Had no idea at all. Syukurlah, disediakan segala
penempatan, pengangkutan, dan makanan. So, parents hantar aku ke Pejabat
Penghulu Kampar pukul 7.20 pagi. Sampai sana bas dah ready dengan 4 orang Tok,
aku yang lewat 10 minit. Hehehe. Sorry. Pukul 8.10 pagi, bas ni masuk area Pejabat Penghulu Gopeng untuk picked up
Tok – Tok kat sini, ceh kalau aku tahu tak payah pi Kampar, lol. Disebabkan
pukul 8.30 pagi baru bas bertolak dari Gopeng ke Ipoh, aku tak lah rasa
bersalah sangat. Ada juga yang pergi sendiri, rajin betul. Walaupun dinyatakan
dalam letter “no claim for transport allowance” tapi dapat juga masing – masing
30 ringgit elaun transport. Rezeki.
Kursus yang aku pergi ni lebih kurang santai juga lah, tempoh pun
singkat tapi masih mengikut schedule. Mostly adalah ceramah, so kenalah beri
tumpuan dan buat catatan berkaitan. Syukurlah, aku ada stok mentos, asyik
menguyah every time. Aku sempat berkenalan dengan beberapa setiausaha daripada
kampung yang lain, ada yang ramah ada pula sebaliknya namun aku tak mahu ambil
port perkara – perkara sebegini. Just do our own thing. Besides, kita pun tidak
saling mengenali so don’t judge okay.
Bab makan, yes aku suka coffee dia. Entah berapa cawan aku bedal
hari tu, tapi tak hilang juga mengantuk. Lauk ada macam – macam, buah, kek.
Very satisfying.
Bab lift struggle sikit, sbb ramai orang kan. Walaupun ada 4 tapi
faham – faham lah, hotel tu ada 17 tingkat nak turun naik ambil masa.
Before maghrib bila dapat kunci bilik, excited sangat! Lagaknya
macam budak baru dapat kebebasan luar, hahahahaha. Masuk bilik, terus pekena
nescafe secawan. Bilik nice, level 10 (level 11 dining room, so naik turun
tangga sahaja) dapat view pekan macam tu, menghadap Hotel Excelsior dan hanya
berdua dengan seorang kakak ni, kak Yat dari Tapah. Alhamdulillah we can go
along. Ramah but not loud.
The next day, pukul 7++ pergi breakfast, kemudian check out. Dengarlah
ceramah 8.45 pagi until 9 lebih, kami kena transit ke Hotel Kinta Riverfront
sebab majlis penutup bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina
Harun akan diadakan di situ. Sampai situ, minum lagi kat lobby je lah. Majlis
bermula pukul 11 pagi, dan dimulakan dengan lagu Negaraku dan lagu Perak. Lama
tak nyanyi lagu Perak, dah tak reti dia punya tajwid (which part kena nyanyi
panjang / pendek). Berkesempatan untuk bersalam dan wefie dengan Datuk, time
balik tu, (nak jugak tu) tapi takde lah adegan tolak menolak. Aku tunggu kat
tepi barisan, Datuk lalu kau hulur lah tangan Alhamdulillah bersambut. Ambil
aura menteri gitu.
Overall, memuaskan untuk satu kursus dalam tempoh yang singkat dan
satu pengalaman yang baru semestinya. Banyak
juga tugasan sebagai MPKK ini, kalau semua ahli beri kerjasama
InsyaAllah kerja – kerja akan dapat dilunaskan dengan baik.
Credit Sinar Harian. Find me lolll |
Comments
Post a Comment