Okay atau tidak? Althea.


Assalamualaikumwarahmatullah.

Hello.

Sebagai salah seorang pengguna skincare products dari Korea, tak lengkap rasanya kalau I tak mencuba membuat pembelian melalui website my.althea.kr. Kebetulan, ada beberapa produk yang tidak available di tempat lain tetapi available di althea, contohnya produk daripada jenama Natural Pacific. Selepas membuat perkiraan bajet dan pembacan reviews mengenai kesahihan website ini maka buat pertama kalinya awal April tempoh hari, aku pun membuat pembelian beberapa produk di althea. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walau bagaimanapun aku ingin berkongsi di sini apa yang aku suka dan kurang suka dengan althea. 

👍:
Cara pembayaran : Selain kad kredit, pembayaran boleh dibuat melalui online banking secara MOLPAY. Kod akan dihantar secara SMS terlebih dahulu dan hanya valid selama 5 minit sebagai ‘lock order’.
Harga : Berpatutan. Malah, ada yang lebih rendah berbanding website lain. Namun, perlu buat perbandingan terlebih dahulu.
Packaging : Kotak althea berwarna pink yang cantik & barangan tersusun dengan kemas. Kondisi produk adalah terbaik.
Website : Ada reviews daripada pengguna, harga yang inclusive GST, informasi mengenai produk. 
Kos penghantaran : Percuma (barangkali ada syarat tetapi I tak pasti T&C nya) dan boleh gunakan kode diskaun. 
Tempoh penghantaran : Dianggarkan penghantaran mengambil masa selama 10 – 12 hari, namun aku telah menerima parcel althea pertama aku dalam masa satu minggu. So, it’s nice!
Authentic : So far aku melihat kesemua produk yang beli adalah asli dan berkeadaan baik.

👎:
Notifikasi : Tiada sebarang notifikasi (emel, SMS) daripada pihak althea menyatakan sama ada pembelian berjaya/tidak, tracking number dan status barang. Status pembelian & status barang hanya boleh diketahui melalui akaun pembeli di website althea. Agak melecehkan kerana perlu kerap mebuat semakan.
Invois : Tiada sebarang salinan invois yang dihantar ke emel mahupun disisip dalam kotak parcel.
Struktur website : Terlalu simple. 
Terhad : Jenama, produk dan kuantiti.

Kesimpulannya, aku okay sahaja sama althea dan sekiranya aku berpuas hati dengan produk – produk yang dibeli, Insya Allah boleh repeat order dalam sebulan dua nanti. That's all for today. 
Jaa.....



Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.