Guardian sale is terbaik.

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello. 

Here we are in February 2018. How's life so far? Hopefully baik - baik jer okay! Aku macam tu jugak lah masih mencari peluang dan ruang untuk perbaiki diri. Baiklah, bercakap soal media sosial, buat masa ini aku hanya aktif menggunakan Twitter sahaja. Layan Twitter pun dah cukup lagha sebenarnya. HAHAHA. Anyway, thanks to those yang share pasal Guardian sale baru - baru ini. 40% off untuk kebanyakan skincare, memang tergugat lah iman bila dengar macam sale besar macam ni. Besides, aku pun ada beberapa items yang memang nak dibeli, dengan harga yang way cheaper dapat jugak lah save mana yang patut as long as you tak terlajak beli barang - barang yang you tak perlukan okay. Beli ikut kemampuan dan keperluan buat ikut - ikutan tau. One more thing, sambil - sambil shopping tu semak lah manufactured & expired date skincare produk yang korang beli, mana lah tahu kalau produk tu dekat sangat tarikh expired dia tak sempat pulak nak pakai kan. Aku pun dah balik rumah baru cek, terlupa sebab seronok sangat beli barang time tu Alhamdulillah, nasib baik semua okay.
Share sedikit apa yang aku beli time sale hari tu; 3/2 dan 4/2.
  • Hiruscar Anti - acne Pore Purifying Cleanser. First time aku beli di Guardian dan normal price dia dalam 24 ringgit. After less, dalam 17 ringgit so aku grabbed dua kotak. 
  • Nutox Cleansing Oil. Normal price dalam 43 ringgit tapi aku hanya akan beli time sale around 36 ringgit. Kali ni dalam 25 ringgit so aku ambil satu je lah sebab last month baru beli dgn harga 36 di Watsons.
  • Crystal moist face mask. Hari tu aku beli kat guardian dengan harga 5 ringgit. Masih lagi harga yang sama so aku grabbed dua; bright & moisture.
  • Clinelle Whiten Up Serum. Normal price dalam 80 lebih, memang tiada keinginan untuk membeli tapi after less harga susut around 54 ringgit, blh la try sebab aku suka face mask dia, so aku beli dua. 
  • Nutox Renewing Treatment Essence. First time aku beli di Guardian time tu ada sale harga around 42, this time 36 so aku grab lah satu sebab normal price dia around 50. 


Mostly apa yang aku pakai itu lah yang aku beli kecuali serum Clinelle, teringin nak cuba maka tersasar jugak budget but still besar harapan aku biarlah positif resultnya. Aku pergi 2 stores guardian, mana- mana pun cleansing oil Hada Labo sold out, ingat nak try tapi takde rezeki so aku stick dengan Nutox sahaja lah. Best sangat ker hada labo tu, curious pulak aku. Jaa, that's all for today.

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.