Quick Review : Laneige BB Cushion #33 Cinnamon
Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.
I'm super duper excited! Sebenarnya dah lama aku usha Laneige BB Cushion ni, tapi berkira - kira nak membeli disebabkan harganya dan pilihan tona yang sesuai untuk warna kulit. Ada banyak reviews daripada blogger dan vlogger sebagai panduan tapi lebih baik walk-in ke kios Laneige dan cuba sendiri produk tersebut. Nak beli melalui website pun boleh, (hermo, 11street, lazada) harga yang ditawarkan lebih murah tapi pilihan shades adalah limited. See. My skin tone tak tersenarai la pulak. Hikmah bersabar. Memandangkan my sis also berminat dengan BB cushion ni, so we visited kiosk Laneige at Aeon Mall. Di sana ada beauty adviser yang akan bantu kita untuk memilih shade yang sesuai. Seriously, aku tak nak muka jadi tepung gomak mahupun terlalu gelap, aku pun jenis yang tak pakai makeup, so cukup lah cover apa yang patut, tak flawless pun tak pe, just nice. Shade #23SandBeige and #31BrownBeige are light for my skin tone. So, the BA tested 2 shades pada muka aku; #33Cinnamon (left cheek) dan #35Coffee (paling dark) (right cheek). Pada awalnya, shade #35Coffee memang terasa efek gelapnya tapi selepas beberapa jam aku tak nampak perbezaan yang ketara antara kedua - dua shades tersebut. Hurmm. Finally and happily, both of us ended up with same shade #33Cinnamon but different type of BB. Mine is pore control (oily skin) and hers is anti-aging. Sis punya lagi mahal daripada aku. ㅋㅋㅋ ~ Oh yeah, free gifts; Fresh Brightening Cleansing Oil, Water Bank Essence_EX, Water Bank Gel Cream and Mini Pore Waterclay Mask. Even though those samples were given based on my skin type (oily), tapi aku tak gunakan pun sebab tak best. 😑
Apa yang aku 👍:
- Dermatologist tested.
- Non-comedogenic product.
- Benefits : Fresh and Semi-matte finish.
- Simple but hygienic packaging.
- Ada banyak shades.
- SPF 50+ PA+++.
- Warna yang berbeza pada cover BB cushion untuk setiap jenis BB.
- Airpuff.
- Bau yang tidak keterlaluan.
- Once applied, feel fresh & moisture.
- Free one BB refill. Size of 15g.
- Mampu untuk bertahan lama, tak perlu selalu touch up. (in air-conditioned place)
Apa yang aku 👎:
- Wrong shade. Muka kelihatan lebih gelap dan orange-ish selepas produk ni oxidized. Lebih - lbih lagi bila you terdedah dengan cahaya matahari.
- Very low coverage. Parut - parut jerawat tak dapat nak disorok, sekadar boleh maintain natural look sahaja.
- Awal - awal aku pakai muka tampak berminyak, so aku kena tepek compact powder sikit.
- Breakout. Walaupun aku dah double-cleansing, the next day get ready la akan ada new breakout punya lah. So, for acne-prone skin this product is Nope!Nope!Nope!
- Meninggalkan kesan pada pakaian dan sebagainya. So, kena berjaga - jaga jangan dok berlaga pipi sangat.
- Harga. Mahal doh.
Repurchase : NO.
Overall, despite my happiness time aku nak beli BB ni (as stated in first paragraph) selepas beberapa kali penggunaan aku dapati produk ni tak darling dengan kulit aku. Rasa membazir pula, walaupun dah beli di kaunter tapi tidak memuaskan hati (wrong shade, breakout,) contohnya. Bagi aku BB Cushion daripada Laneige ni indah khabar dari rupa. Glamour je lebih, mahal tapi wasteful. Produk ni realiti nya hanya suit untuk kulit anda yang oily tapi bukan acne-prone. And untuk refill tu, aku nak jual di Shopee la nanti mana lah tahu ada sesiapa yang berminat untuk membeli kan. Okay lah, that's all. Bye.
Refill nya masih ready tidak ya?
ReplyDelete