Hermo & Gdex : Not so good experience.

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.

Alhamdulillah, selamat haa.
Sempena #mycybersale 2016 baru - baru ini, aku sempat grab beberapa wish list items kat hermo.my. Alhamdulillah dapat la save dalam 10 to 15 ringgit malah sedaya upaya menahan diri daripada berbelanja melebihi bajet. Bajet ciput. Huhuhu. Time sale memang banyak item yang harga runtuh plus kupon - kupon diskaun yang very tempting tapi kena beringat supaya tak terbeli barang - barang yang tidak diperlukan walaupun harganya murah gilerr. 
So pada hari kedua #mycybersale aku checked out dan buat payment. Ada sedikit kegusaran di situ which is tiada penghantaran by Pos laju only Gdex. Huh?? Sejak bila Hermo tak pakai lagi perkhidmatan Pos laju? Almaklumlah, aku dah lama tak shopping kat hermo, ingatkan bulan tiga hari tu dah tutup akaun kononnya nak beli item dekat - dekat store sahaja tapi.....tapi tak boleh lah sebab ada produk best la pulak. Aku tak tahu sama ada pihak hermo ada bagi notification terlebih dahulu atau whatever~ tak perlu notification.  Hurmm. Tawakal aje lah aku time tu. 
Sebenarnya, aku sangat selesa dengan perkhidmatan Pos laju walaupun tidaklah selaju mana sebab; postman yang familiar dengan alamat setempat dan lokasi pejabat pos adalah berdekatan so kalau kita ditakdirkan kena pick up sendiri parcel takde lah rasa stress sangat. Teringat pulak 2nd parcel tempoh hari, so kena ambil sendiri di pejabat pos.
Office Gdex pula berpuluh - puluh km daripada rumah aku, unfamiliar with alamat setempat (bukan rumah lot, alamat general) so kalau kena pick up sendiri parcel memang very inconvenient. Reviews di internet; media sosial terutamanya, not so good la Gdex; tel banyak kali tak angkat, barang lambat sampai, (common cases), e-tracking tak updated. 
Kes barang lambat sampai aku masih boleh consider, boleh memahami (based on location) tapi pengalaman yang baru ni macam why??

Caution: Bebelan.....
Berdasarkan pengalaman aku dengan Hermo dan Gdex baru - baru ini, seperti biasa team hermo memang superb pantas, hari selasa aku completed the order by the next day aku dapat sms menyatakan bahawa parcel aku telah dipos dan aku boleh semak tracking number yang diberikan. Hari kedua dan ketiga baru berjaya track parcel aku di website Gdex e-tracking. Alhamdulillah ada updated status. So, aku expect by Jumaat atau Sabtu parcel aku akan sampai, paling lewat minggu depan la kot. Sebenarnya, tahun lepas aku pernah beli barang daripada GoShop, time tu juga lah kali pertama aku berurusan dengan Gdex. Seminggu lebih juga la baru dapat barang, at least delivery man tu ada call dan minta aku tunggu dia datang, 2 petang, tapi kali ni langsung tiada phone call. Hari - hari aku check e-tracking dan status parcel aku updated until the status stated 'delivered' on Saturday. Delivered? But why aku tak tahu apa - apa ni? Sepatutnya ada catatan di situ, delivered by siapa dan received by siapa. Make it clear much better. Aku yang tak syak dan faham apa - apa ni, sedapkan hati sendiri walaupun dalam mind time tu ada confuse. Cuba untuk bersangka baik, "Selasa ni dapatlah kot sebab Ahad cuti, Isnin pula cuti Awal Muharam". Doa semestinya. 

Sebenarnya apa yang terjadi adalah, status 'delivered' bermakna item aku telah selamat delivered tetapi di rumah orang lain. Sungguh tak kelakar. Pagi Ahad tu bapak aku ada program di masjid, tak lama lepas tu bapak aku balik panggil - panggil aku. Bertubi - tubi soalan. "Ada beli kotak ke?" "Beli apa?" "Anak Man tu ada nama Mira ke?" Mula - mula aku memang tak syak apa - apa time bapak aku panggil tu tapi bila sebut kotak yes! barang hermo. Mak ke ayahnya yang bagi kat bapak aku sebab orang Gdex dah tersalah hantar dan dia malas nak cari rumah aku. Hurmm. Macam mana delivery man tu confident alamat kat situ, maybe dia kenal anak pakcik tu kot. I have no idea. Pelik. Call je la kan. Aku tahu la aku tak famous. Hahaha. But still Alhamdulillah , doa dimakbulkan. Syukur,  sebab pakcik dan makcik tu jujur and pulangkan parcel tu pada bapak aku. Dalam pada tu aku rasa tawar hati dengan Gdex tapi macam takde pilihan kan? Tak best la macam ni, possibility incident yang sama boleh berlaku in future, delivered to wrong person. Now, aku sedar kenapa sebelum ini Gdex call sebab aku beli barang GoShop secara (COD), kalau salah alamat duit memang tak dapat. Oh~~ Tak baik lah macam ni Gdex. That's why aku rasa aku nak email admin hermo sebagai tanda sayang, share with them tentang perkara ini rasanya tak tidaklah menjadi kesalahan. Setakat ini team Hermo bagus jer cuma biasalah ada flaws, kalau korang boleh baca di media sosial contohnya; beli item lain dapat item lain, so bila nak return kena cover shipping cost sendiri. Hurmm. 
Sekian bebelan kali ini. Huhuhu. Next post baru story pasal hermo haul. Penat! 
Mudah - mudahan akan datang perkara - perkara tak best macam ni tak berlaku lagi. Inshaa Allah. Doa banyak - banyak k. 

Jaa mata. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.