Samyang Hot Chicken Spicy
Assalamulaikumwarahmatullah.
Hello.
Buat pertama kalinya aku telah mencuba samyang spicy hot chicken minggu lepas. Kebetulan ada banyak stok samyang di Aeon time tu. Aku ingatkan orang - orang Ipoh masih tak bosan dengan samyang, sebab stok selalu cepat habis kot. Actually, aku teringat satu kes seorang mamat memborong samyang satu troli kat Aeon. Semangat betul along siap disergahnya budak lelaki tu. Panik pulak mamat tu sebab tetiba kena soal siasat. Hahaha. Now dah ada stok depan mata, kami pun beli lah satu peket. Harga boleh tahan mahal pulak tu tapi sebab perasaan ingin tahu; tahap kepedasan, tahap kesedapan. Penangan media sosial la apa lagi maka bermula lah cabaran samyang pada suatu malam. Aku plan nak share half - half dengan along, sebab first time no idea about its rasa and tak mahu membazir. Dalam satu peket samyang tu cuma ada satu ramen, satu peket sos dan satu peket sesame + seaweed. So, sebagai langkah berjaga - jaga, aku bubuh paste tu dalam suku jer. Ok la, ada rasa hot tapi the flavour tak cukup kick so aku add sedikit demi sedikit sos tu. Even tak sampai half pun sos tapi memang pedas, berair mata aku. Syukurlah aku tak letak semua sos, ini kira mengelat jugak lah. Tapi itu la mana rasa chicken nya? Aku rasa pedas jer. Tak sedap macam yang aku imagine. Takde MSG ker dalam samyang ni? Huhuhu. Last - last aku sorang je yang makan samyang tu, along tak jamah pun sebab dia suka yang berkuah. Pulak dah. Siapa la nak habiskan remaining samyang tu... So, moral of the story, mee sedap lagi sedap. Hahaha.
Jaa.
Jaa.
Comments
Post a Comment