Demam.

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.

Jumaat lepas aku demam. Patut la aku rasa badan panas lain macam waktu tu. Kebetulan pagi tu aku
tak breakfast sebab terlewat bangun. Tengahari tidur dan badan masih panas. Dalam kepala ni fikir nak letak tuala basah dan jeram air asam jawa. Takde la rasa nak makan ubat sehingga lah dah petang baru telan panadol sebiji, nak tidur pula tak boleh cukup lah badan dah berpeluh. Alhamdulillah, kebah rasanya tapi selera makan out. Tak rasa lapar tapi bila buat kerja lebih sikit, berdepan dengan panas memang rasa nak pitam. Sekadar bergantung dengan minum air kosong.
Hari Ahad malam Isnin aku dah mula rasa sakit gigi. Pipi bengkak. Tidur tak nyenyak. Mood tak best gila. Azab weh! Nak gosok gigi sakit sebab berus gigi besar, mulut hanya dapat bukak kecik so aku gunakan berus gigi kanak - kanak.Berkemungkinan masalah gigi bongsu. Arghh! Tidak sanggup bertangguh terus call klinik gigi dalam keadaan cakap tak clear tu dengan harapan nak buat appointment cabut gigi tapi staff dia kata kena buat x-ray dulu sebab gigi bongsu tak semestinya kena surgery ia bergantung kepada keadaan. Mula lah aku google berkaitan perkara ni. Keadaan, kos rawatan. So, selasa baru ni aku pergi jumpa doktor tapi tak boleh pula nak x-ray sebab aku nak buka mulut pun susah. Doktor share sikit pasal kemungkinan gigi bongsu ni dan dia kata dalam cuaca panas ni banyak patient mengalami bengkak gusi juga so buat masa ni bengkak di pipi tu kena surut dahulu. So, doktor prescribe antiobiotik dan ubat bengkak untuk 4 hari kemudian aku boleh datang terus untuk xray. Selain tu, aku disarankan untuk berkumur dengan air garam suam. Alhamdulillah, beberapa hari ni dah surut bengkak. Dapatlah kunyah - kunyah kembali walaupun kepuasan itu kurang. Bersyukurlah dalam beberapa hari ni aku menjamah bubur nasi sahaja sebab tak mampu nak menguyah apa - apa tapi semalam dan hari ini dapat menikmati ayam.Gembira la. Esok pagi last day antibiotik. Insha Allah minggu depan aku usahakan untuk jumpa doktor lagi, curious pula keadaan gigi ni tapi dalam masa yang sama ada takut juga la. Semoga Allah permudahkan urusan. 
Jaa.

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.