Why la PTPTN-FPX??

Assalamualaikumwarahmatullah.
Peace be upon you.

Hai. Bebel pasal PTPTN hari ini. Selama beberapa tahun ni bayaran balik pinjaman PTPTN aku buat di BSN, so dikenakan tambahan caj seringgit untuk setiap kali pembayaran. Now, dah pandai sikit buat bayaran secara online thru FPX, caj RM .53 including 6% GST tiada apa yang menggembirakan sangat selain aku tidak perlu ke bank, caj yang lebih rendah (rendah sikit jer half percents pun x sampai sejak dikenakan GST) tapi aku perlu print setiap transaksi yang dibuat daripada bank, FPX dan PTPTN. Kinda leceh huh. If and only if kaunter PTPTN berdekatan dengan kediaman aku, tak perlu la buat semua ini, caj bank pun zero. 

Sejak dah rasa ok menggunakan FPX, bulan oktober ni dia buat hal lah pula. Few days mencuba, same problem occurred "invalid information received from the Merchant" sedangkan aku belum key in pun bank info. Semalam, tengah hari macam ada harapan. After key in bank info semua, duit pun deducted, sekali page FPX tu loading..loading..loading.. sakit juga la hati ini. Around 30 minutes macam tu, nah transaction timed out! Double hurt! As stated on FPX page, after two weeks waktu bekerja baru aku boleh dapat balik amount yang tersebut. Untuk sedapkan hati, aku email segala details pada bank yang berkenaan, and if xde reply nampaknya kena calling calling la kot. Ya Allah, mudah - mudahan aku akan dapat balik duit tu. See? Ok aku faham ada beberapa faktor yang memungkinkan perkara sedemikian berlaku, sebab sistem, server, line ada kelemahannya dan 3 - 4 months kebelakangan ini juga page PTPTN : FPX Response mengalami error. Walaupun bayaran dikreditkan tetapi aku tak dapat simpan penyata yang menjelaskan amaun bagi setiap urusniaga. Frustrated because bulan ini aku tak dapat buat bayaran dan kena tunggu perkhabaran duit yang deducted tu. So, apabila perkara seperti ini berlaku, aku kena stay positif dan lebih alert next time. Semalam mula go through FAQ tentang FPX dan masalah orang lain yang berkaitan. Cuba memahami adanya hikmah disebalik semua ini.

Walau bagaimanapun, jujur aku tetap tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan perkhidmatan PTPTN. Alasan memang banyak, paling common peminjam ramai, server tak dapat tampung dan kekurangan staff. Bagus sangat. Kos pentadbiran, insurans semua peminjam yang tanggung, double bagus! Yang paling tak boleh blah, penyokong tegar pun ada tau. Hairan aku lebih - lebih lagi golongan Melayu. Sepatutnya sama - sama menyokong dan membantu setiap permasalahan yang diutarakan, jangan hanya kerana kau tak sesak kau tiada masalah, kau tak buat pinjaman, kau pula yang sibuk condemn orang lain. Contohnya dalam kes pembayaran ni, memang ada medium pembayaran yang lain tapi as customer yang regularly using FPX dah tentu la akan bising kalau sistem tu asyik error sahaja bukan? Lain orang lain cara. 

Maaflah kerana sewaktu aku meminjam dahulu sekitar tahun 2007, aku tidak memberi perhatian atau mengambil berat dengan PTPTN ini kerana zaman itu kita diberi tawaran pinjaman tanpa perlu memohon, maka segalanya kelihatan mudah. Hakikatnya selamat berhutang itu bukan lah satu ucapan yang menggembirakan, ada bayarannya di kemudian hari. Buat yang masih boleh memilih, fikirkan jalan yang sebaiknya. 

Kami jalankan tanggungjawab kami sebagai peminjam dengan membuat bayaran balik  & anda PTPTN jalankan tanggungjawab anda untuk menyediakan perkhidmatan yang jujur, telus, terbaik termasuk menyenangkan urusan pembayaran balik. 
Kami tahu tiada yang percuma, begitu juga pihak anda yang dibayar untuk melaksankan tugas - tugas anda. 

Hapuskan penindasan! Defend your rights! Jaa. Salam.

 

updated : Alhamdulillah. Payment yang fail tempoh hari dah dikreditkan dalam akaun 4 hari yang lepas. Bagus, tak sampai 2 minggu pun. Cuma diorang ni senyap jer. At least notify la your client. Anyway, yang penting dah selamat. Inshaa Allah this month boleh bayar double. :)

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.