Jom Baca : Aku, Dia & Rezeki
Assalamualaikumwarahmatullah...
Hai, moshi moshi.
Aku, Dia & Rezeki. Sebuah buku yang ditulis oleh seorang insan yang selesa digelar sebagai Abang Long. Seorang penjual dadih & pengedar buku. Kisah - kisah yang dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri, kisah pemberian biasa daripada orang biasa - biasa, tetapi Allah membalas dengan cara yang sungguh luar biasa. Sesungguhnya, rezeki ada di mana - mana maka berbuat baiklah & berbaik sangka dengan Allah sentiasa.
Jujur aku katakan, kali pertama aku membelek buku ini di Books ETC, aku memang tertarik nak baca from A to Z. Tapi kalau nak baca of course la kena beli dulu, tak sesuai la mengamalkan tabiat membaca secara percuma kan? Sebaiknya, kita support & hargai usaha orang lain agar mereka boleh terus berkarya & menyebarkan perkara - perkara yang baik. Unless kita boleh pinjam daripada seseorang itu lain cerita. Yang penting adab pinjam - meminjam tu kena lah dipraktikkan. Walaupun tertarik sangat pada mulanya tapi aku masih berkira - kira untuk membeli sebab perhatian aku teralih pada buku yang lain pula. Isk3. Tak tetap pendirian kan. So, fikir punya fikir last - last aku tak beli apa - apa buku pun hari itu. Balik rumah mula lah terkenang pasal apa tak beli buku tadi, habit.
Dua minggu kemudian aku mai balik shah alam, kebetulan kasut dah rosak so aku ajak sis in-law pi kedai Bata. Nak dijadikan cerita, kedai Bata tu dalam Tesco yang sama dengan Books ETC so tak kan nak fikir lagi kan, kalau jumpa beli sajalah. So, dalam ingat - ingat lupa tu aku terpandang lah cover buku ni, ada motor honda & seorang lelaki (penulis) & mencari kisah lucu UPSR tu. Akhirnya beli juga & selepas 2 minggu baru lah aku mula membaca dan Alhamdulillah berjaya menghabiskannya. Tak sia - sia.
{7 perkara yang aku suka mengenai buku ini}:
{1} Penulisan yang santai & bahasa yang mudah difahami. Bahasa melayu bahasa ibunda. Ada juga terselit bahasa inggeris dalam perbualan & bahasa pasar.
{2} Kisah - kisah yang dipaparkan adalah realiti kehidupan masyarakat yang berada di sekeliling kita. Based on pengalaman penulis tapi familiar.
{3} Banyak pengajaran yang boleh kita jadikan tauladan dan kata - kata yang boleh kita quote sebagai ingatan bersama. "Memberi itu satu kebahagiaan" "Kita berusaha. Hidayah itu milik Allah"
{4} Setiap kisah yang ditulis diberi title & disusun mengikut alphabat. Nice!
{5} Harga termasuk GST adalah RM 24.38. Tidak begitu murah tetapi it's worth to buy. Think bout the values yang kita dapat selepas membacanya. Insya-Allah tidak rugi.
{6} Sentap ada. Lucu ada. Sweet ada. :)
{7} Stories yang grab my attention!
- Aku Campak Allah Hulur
- Amanah Penjaga Parkir ( kisah ini aku boleh relate dengan incident phone aku tertinggal di toilet level surau di Times Square last year, buat saudari semoga Allah balas kebaikan anda dengan limpahan kebaikan jua )
- Azam Tahun Baru
- Doa Dalam Diam
- Hati Pesakit. Sakit Hati
- Jangan Malu
- Keputusan UPSR ( kisah yang aku spotted time belek - belek buku ni, lucu & mengena! )
- Kisah 1 Minit 25 Saat ( kisah ni mengingatkan aku dengan kak nor yang tertinggal helmet di bengkel motor time raya 2 tahun lepas XD )
- Kotak Kasih Sayang
- Makanan Ibu ( ok,sedih! )
- Masih Kosong
- Membalas Budi
- Mungkin Kontroversi
- Picit-Picit Kuih ( dah boleh agak kan apa kisah dia, zaman la ni pun masih ada seorang dua buat perangai macam ni )
- Sokongan Moral
- Solat Adalah Solusi
- Tamat Tempoh
Ada banyak lagi kisah - kisah yang menarik dipaparkan dalam buku ini, bila baca memang tersenyum sendiri sebabnya itu lah realiti yang tidak dapat kita nafi. Sesungguhnya berkat daripada amalan memberi & berkongsi, ada kemudahannya yang Allah kurnia buat kita. Bersyukur & bergembira lah wahai hati. :)
#Apa khabar. September? Alhamdulillah, menjelma awak ya. Insya-Allah, hujung bulan ini dalam bulan Zulhijjah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pula, dan mudah - mudahan para jemaah yang mengerjakan ibadah haji kini dipermudahkan segala urusan mereka oleh Allah hendaknya. Aamin.
Comments
Post a Comment