June Haul : Hada Labo Gokujyun Hydrating Lotion (Light)

Assalamualaikum warahmatullah (◕‿◕✿)
moshimoshi~


Sekali lagi aku dalam mood untuk mencuba facial product. Kebetulan green tea toner from The Face Shop dah tinggal sedikit so i'm thinking of getting a new one, not repurchase but a new one from the other brand. Bukan lah bermusuh dengan produk from The Face Shop, but considering to the price and how it works on my skin does not convinces me gila - gila untuk repurchase the green tea toner, because for me it was an okay product at least it didn't cause harm to my skin, organic baby leaf green tea. So, now, aku dah beralih arah if sebelum ini menggunakan khidmat skincare product dari Korea ahnyeonghaseyo~ this time aku cuba  kenal - kenal sama itu Nippon konnichiwa~ Hada Labo "Perfect X Simple". Mula - mula aku ingat Hada Labo ni made in Korea sebab the face diorang Jun Ji Hyun dan Park Han Byul jelitawan Korea tu, tapi dengan tulisan Kanji bagai. macam tak kena pula dah sah - sah marketing strategy ni. Anyway, apa yang aku tahu aku dah beli satu Hada Labo hydrating lotion (light) yang suitable untuk normal / combination / oily skin macam aku. Kalau diperhatikan Hada Labo ni range harga dia boleh tahan mahal juga la so ini salah satu sebab kenapa selama ini aku avoid eye contact bila bersua dengan Hada Labo di mana - mana drugstores kat Malaysia ni (Watsons, guardian and Aeon Wellness). Contohnya, lotion aka toner yang aku beli di Guardian semalam harganya RM 50.50 including GST 6%. Oops! almost nak bad mouth dengan GST. But the best part is exclusively at guardian, aku dapat beli pack yang ada FREE items. Siapa tak suka free items?? Well, aku memang suka free items lebih - lebih lagi kalau items itu useful and banyak. Like yesterday, i got 3 free items in-pack - Hydrating mask 1 pc -AHA+BHA wash 12g - Air aqua UV 5g. (Free items ni later on kita story kat tempat lain) In shaa Allah :)
Selama ini juga lah aku merasakan yang Hada Labo hanya khusus untuk dry skin users based on my perhatian la range product yang dijual rata - ratanya untuk moisture balance or deeply hydrate skin tapi aku silap kerana acne prone oily skin juga memerlukan kelembapan yang secukupnya untuk wajah. Tambahan pula banyak reviews yang positive daripada bloggers merangkap pengguna Hada Labo yang sedikit sebanyak telah influencing aku untuk mencuba dan of course nak rasa lah sendiri kehebatan Hada Labo lotion ini. Tak kan diorang jer nak flawless aku pun nak juga la. Hahaha. 
No worries. So far, aku dah gunakan 2 kali lotion ini dan aku sangat berpuas hati. After one application, aku dapat rasa keanjalan pada wajah. Best! Dan lotion / toner ini menyerap pada wajah dengan cepat so boleh apply produk lain tanpa perlu tunggu lama. Best! Bau okay, actually almost tiada bau yang distinct, texture pun okay, dan kepantasan dia menyerap pada wajah tu part yang paling best. I'm using cotton pad as usual then pat onto face for better absorption. Alhamdulillah done. 

Jom lah suai kenal dengan Hada Labo hydrating lotion (light)


  • Hada Labo is a skin care line researched and developed by Rohto pharmaceutical Co. Japan and the Mentholatum Co. with a philosophy "Perfect X Simple".
  • New HPP&M Technology. (High Performance Penetrating and Deep Moisturizing Technology)
  • 4 types of Hyaluronic acid (small-size HA) (medium-size HA) (super HA) (nano HA).
  • Combines 4 types of HA to deeply hydrate skin & help preserve the optimum moisture balance.
  • Light texture suitable for normal/ combination /oily skin.
  • Skin pH balanced. Low irritation.
  • Free of fragrances, mineral oil, alcohol, colorant, animal derivatives.
  • Fully hydrate skin from the surface to inner skin layers for significantly soft, smooth, and supple skin and to prepare skin for enhanced absorption of skin care ingredients.

So, jangan gusar boleh tersenyum sekarang sebab dah jumpa toner yang best. Even though it's too early to talk about it - repurchase, but i think the possibility is there. :)
Jaa mata~

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.