entry before new year



Assalamualaikum warahmatullah
moshi moshi

Terus terang betapa penyegannya aku nak menulis / menaip dalam blog ni tapi aku rindu :) Diari harian pun seminggu sekali baru update, melainkan aku ada buat belian, Insya-Allah nescaya aku update on the spot. Lagi beberapa hari Januari 2015 akan menyusul, azam tahun baru macam mana? Baru - baru ini aku ada menonton program Soal Wanita di TV Alhijrah, bagus rancangan tu, cuma 10 minit pertama asyik borak kosong, intro panjang sangat, naik bosan pula, tetamu pula kadang - kadang tak menangkap la, macam yang aku tengok baru ini, artis. Yang first tu okay la, yang second tu aku tak rasa nak tengok, maaf lah, ada persepsi negatif sedikit. Takpe lah yang penting, tetamu akhir itu lebih menarik tumpuan aku, seorang motivator, Osman Affan namanya, mirip nama Khalifah zaman Rasulullah. Baiklah, apa yang dikongsi ketika itu adalah tip - tip bagaimana kita nak menjayakan azam kita. Ada azam harian, mingguan, bulanan & sebagainya, ada azam jangka pendek, azam jangka panjang, sebenarnya yang penting kita kena ada azam. Tanpa azam, hidup ini agak bosan bukan? tiada keinginan, matlamat yang kita nak tuju dalam hidup. Di bawah merupakan sedikit sebanyak input yang aku dapat digest semalam.

  • Azam ini mesti lah diCATAT kerana dengan catatan secara tak langsung kita akan ingat, dan mudah untuk buat semakan. Percayalah tanpa kita sedari akan ada azam yang telah kita capai.
  • Azam yang kita CATAT hendaklah tidak bercanggah dan bukan lah sesuatu yang mustahil. Contohnya dalam usaha kita nak mencari pasangan. Tidak perlu couple sebenarnya, ambil kertas kosong kemudian list kan ciri - ciri pasangan idaman kita, kalau kita berkenan dengan orang yang popular takkan lah orang itu pemalu pula kan. Begitu lah seterusnya. Hakikatnya ciri - ciri ini ada di sekeliling kita, cuma selama ini kita tidak perasan jadi catatan ini dapat membantu kita untuk sedar kewujudan insan - insan ini. Contoh lain, kita berazam nak menjadi angkasawan namun dalam satu tahun perkara tersebut agak mustahil bukan? Perkara ini mengambil masa.
  • Azam yang kita CATAT pada kertas kosong itu, kita lipat dan simpan di satu tempat, ajaibnya apabila di peghujung tahun atau bila - bila, kita mendapati ada beberapa list yang telah dicapai. Almaklumlah, apabila kita sudah mula mencatat, dari situ kita dah mula pasang niat, dan secara tak langsung kita akan mula berusaha ke arah itu. Niat itu penting! 
Apa yang dapat aku simpulkan di sini segalanya kita kena CATAT, barangkali apabila kita menulis kita akan lebih ingat. Kita pasang niat, kita mulakan usaha, Insya-Allah pekerjaan yang baik akan Allah permudahkan. Andai azam kita tidak tercapai itu adalah normal, kita tidak akan mendapat semua yang kita inginkan, tetapi kita masih boleh mencuba. Gagal tidak mengapa yang penting azam kena ada. Challenge ourselves. Aturan hidup kita Allah dah tentukan tetapi kita kena usaha dan menjadi hamba yang bersyukur :) 

Insya-Allah selepas ini aku nak praktikkan bab CATIT CATAT ini, benda basic bukan tapi yang basic tu la aku selalu lupa. Jom mencatat dengan senyuman. 

Jaa mata~ 


cr: on pic

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.