Wi-Fi mariiii

Assalamualaikum.
                            moshimoshi

Syukur Alhamdulillah :) Wifi telah berjaya menembusi rumah makpak ku. Almaklumlah area kampung yang khabarnya line telekom tak berapa ok di sini tengok tiang - tiang kat tepi jalan pun macam 50-50 jer harapan. Namun, ada rezeki itu maka adalah. Nak dijadikan cerita sejak kekecewaan my sis dengan broadband Celcom makanya mati kutu dia sebab takde internet. Iyelah every month bill tujuh puluh lebih, speed lembap, kuota data lagi so terminate la dia. Ada la pula penguat nak terminate tu pasal payment dari BSN tak masuk ke Celcom, 2 bulan punya bil ibarat tak dibayar. So nekad la dia ke Celcom Center untuk settlekan benda ni. Aku pulak baru try mobile internet bulan mac hari tu and kinda berpuas hati cuma surfing pakai laptop ni lagi best pada aku. Dok mention nak pi TM Center nak tanya la apa yang patut tapi tak gerak - gerak jugak. Syukur, Allah permudahkan urusan kami ketika berkunjung ke Greentown / Angsana Mall awal bulan ni pasal my sis nak beli phone baru. Diapproach oleh agent TM kat situ, memang peluang la kan. Diskus punya diskus ok set lah nak pasang Streamyx bulan ni. Mudahnya! Hari rabu hari tu settle la installation. Kontraktor datang tengah hari time tu aku mengantuk gila, tidur dulu sementara tunggu dia. Pandai la dia cari rumah kedua tepi jalan selepas padang sekolah tup2 bapak kejutkan bagitau yang orang TM dah mai. Blur sekejap~ Kos tarik wayar dikenakan lapan puluh ringgit bayar cash pada dia nanti first bill tunggu lah tak tahu lagi berapa agaknya around seratus sepuluh plus plus gitu untuk pakej 1Mbps. So far so good. Pray for the best. Success desu!



Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.