Pucuk daun jambu batu
Salam.
Lately wajah kena serang jerawat la pulak. Tempat bese area
pipi. Memang la bukan first time buat kite yg tak berapa remaja ni tapi
maintain bersih tu haruslah. Jerawat ni yang tak syok nyer pasal parut dia tu,
memang obvious habis. So, memandangkan
aku tengah bersantai tanpa majikan kat kampung ni makanya terfikir lah nak
mencuba kaedah tradisional. Sebelum ni aku pakai produk moden jer macam acne
away gel dan scar eraser tapi kali ni berubah angin la pulak. Bahan – bahan
semulajadi dan menjimatkan just kena rajin sahaja.
Petua boleh mintak dari ibu atau nak berIT sikit google lah
kat internet. Type jer petua menghilangkan jerawat InsyaAllah settle. Aku amik
petua ni dari blog santanmanis.blogspot.com. Petua: Pucuk daun jambu batu +
bedak sejuk. Method: Tumbuk + air + bedak sejuk. Tahap keberkesanan: Dalam
percubaan.
Aku pilih petua kat atas tu sebab bahannya ada di rumah
pastu mak aku pun ada bagitahu perkara yang lebih kurang sama. Bezanya petua
dari mak ialah Petua: pucuk daun jambu batu + pati santan. Sumber: Kawan mak. Tahap
keberkesanan: Mak cakap memang berkesan sebab puan yang beri sumber tu memang
cerah mulus wajahnya termasuk anak - anaknya. Kelasss!
Hari ni baru hari pertama, dalam perkiraan nak buat straight
satu minggu dulu. Tengok macam mana kerasiannya. Yang penting kena mencuba dan
istiqamah. Lagi satu sambil – sambil kita prepare bahan – bahan tu banyakkan
basmallah & berselawat InsyaAllah bukan takat wajah, hati kita pun makin
bersih dan itu yang lebih baik. Jaa...
Comments
Post a Comment