Ramadhan yg dirindui & final thesis

Salam.

             Alhamdulillah, dipanjangkan umur tahun ini bertemu Ramadhan lagi. Tahun ni aku sambut Ramadhan kat Shah Alam salah satu sebab adalah thesis tak siap - siap semenjak 2, 3 minggu yang lalu. Jumaat ni kena submit pada supervisor dan KP. Gara - gara dipercepatkan bukan sehari dua tapi seminggu lebih dari tarikh asal, masak la jugak even aku ni last minute worker takde maknanya nak buat cepat - cepat. Dah tu sekarang sibuk nak cari tempat binding thesis yang cepat dan murah, aha, normal la kan. Member - member suggest kat UPM, betul tapi jarak menjadi halangan. Ada jugak bloggers share pasal kedai printer area UKM tapi katanya amik masa 4 hari, so tak lah. Lagi satu kat seksyen dua Shah Alam, katanya boleh buat fast service RM25 untuk satu binding hard cover, which kedai aku tak pasti Mutiara Digital or kedai Cina hujung sekali belakang medan selera. Ermmm. Itu memang kawasan tumpuan lah, peak season plak tu, memang terbaik. Mudah - mudahan thesis dapat disettlekan malam ni, paling lewat pun esok lah then boleh pi binding. As a result, boleh grad. Semoga berjaya Am!
             Esok first day puasa, malam ni dah start tarawikh la kan, aku buat kat rumah jer InsyaAllah :) Tahun lepas ada 2 hari puasa yang aku tak sempat qada', isk3, kena ganti dan fidyah nanti. Take note. Ganti awal - awal jangan malas, tak pasal - pasal kena denda segan weh. Apa - apa pun puasa tahun ni buat yang terbaik! Doa banyak - banyak untuk kesejahteraan dunia & akhirat. Jaa~

#Selamat Berpuasa & Beribadah :) Jangan lupa niat! 




Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.