Printer..jangan rosak lagi :)

Salam...

Printer dah kuar wad. 3 minggu baru siap ini pun dah terlewat sikit amik sebab tunggu kete yang available. At last mintak tolong kat my bro senang sambil - sambil tu boleh la jalan - jalan sama kembar. Hantar repair kat kedai yang sama beli printer hari tu Multilink level 4, Plaza Alam Sentral. Hari ni dia bukak lewat pulak dah, seelok aku lalu depan kedai pukul 12 sorang pekerja dia tampal notis "hari ni kedai bukak pukul 1.00". Cantik jer timing kalau tak aku ingat kedai ni tak bukak la pulak hari ni. Bukak lewat takpe jangan ko cuti sudah. Penat eden. So, sementara tu pi la main game basketball, stamina kureng tapi best sebab murah singgit jer satu game, pastu gi Hot Market. Buang masa or isi masa?? Dua - dua pun boleh XD Kol 1 lebih aku mai balik kedai printer, tak bukak lagi daa tapi mujur la ada beberapa customers lain kat luar tu dorank siap kol tauke. Haiya~
Budget hari tu RM60 ingat dapat la kot nak mintak diskaun, sekali RM90 rezeki kedai tu hari ni. Blur la sekejap. Brader tu tanya ada short circuit ker? Tang mana short circuit, aku tak tahu *facepalm* Harap jer diploma dalam elektrikal kan tapi ku tak reti. Masalah motherboard punyer pasal, tapi tauke kata masih bernasib baik sebab printer tu boleh repair, ada kes yang kena ganti terus motherboard kaw - kaw dua ratus lebih kena, ermm, katanya lah. Aku cuba ingat kejadian sebelum tu, paper asyik sangkut sebab ada klip getah kecil jatuh dalam printer, so paper tak boleh load. Aku wat inspection, done and printer operate dengan jayanya. Start malam tu, agaknya aku main unplugged jer USB, turn off entah macam mana printer no power pastu. Haa, sila beringat!!! Itulah, nak guna warranty pun dah lebih setahun sebulan, aku rasa boleh jer guna tapi sebab tak bawak warranty card time hantar tempoh hari so kena la tanggung kos repair. Boleh tahan la investment untuk printer ni. ermm. Takpe lah printer pun dah dapat balik, kos pun sudah dibayar so terima lah seadanya. Mudah - mudahan selepas ni, tak timbul masalah lagi. Jaa~


Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.