Cuti Yg Bekerja & debaran PRU13

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

السلام عليكم     


          Cuti umum hari ni khas buat mereka yang bekerja keras, berkhidmat dan beri sumbangan pada negara. Tahniah! Bukan hanya pada yang makan gaji, tapi yang bekerja sendiri dan juga para suri rumah yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Keep it up!
              This weekend merupakan hari untuk cabaran terbesar dan saat getir untuk para pengundi membuang undi mereka. Excited + nervous jugak sebab this time PRU memang nampak perbezaannya. Bersyukur sebagai pengundi kali pertama setelah 12 kali PRU, ternyata ada sedikit excited di situ. Melihatkan kebangkitan anak - anak muda dan suara - suara rakyat yang semakin terbuka dan berani sedikit sebanyak membuka mata untuk melihat dan menilai sendiri apa yang berlaku. Kita dikurniakan akal maka berfikirlah sebaiknya. Andai di depan mata sudah jelas ketidak adilannya tak kan masih mahu menyokong??? Yang baru memang kita tidak tahu tapi sekurang - kurangnya kita boleh beri peluang dan mencuba, tiada salahnya daripada memberi peluang kepada yang sudah tamat tempoh percubaanya. Undi rahsia itu tagline sahaja. Sekarang ni ramai juga yang terbuka dengan menyatakan siapa pendirian mereka contohnya family aku. Well for me it's cool. Diketahui yang every malaysian punya hak peribadi untuk memilih, cuma diharapkan pilihan yang dibuat adalah antara yang terbaik :)
              Lagu dan video kempen PRU pun satu hal, yang ada kat tv memang aku dislike jadi aku ingatkan dah takde video kempen yang bagus, mujurlah sempat menjengah ke Utube baru la rasa masih ada insan - insan yang kreatif kat msia ni..haa..gitu.
              Okla kempen hanya sekadar kempen, tak kisah la yang penting kita usaha untuk keluar mengundi nanti 5hb, sebelum tu check status di laman web spr mengenai tempat mengundi dan sebagainya. Dapatkan tips2 mengundi buat yg first timer macam aku, takpe, kan ramai family members yang berpengalaman buang undi ye tak? Boleh tanya kat dorank jer. Kadang - kadang aku naik pelik kenapa ada malaysian yg tak pernah pergi mengundi, terlalu sibuk / tak berkesempatan / tak mahu ambil peduli??? tak berdaftar pun ada. Alahai sayangnya bukan tiap - tiap tahun 4/5 tahun sekali baru berpeluang membuang undi. Jangan disia - siakan :) Jaa~

#Balik kampung mahu buang undi..
#Ini kalilah..UBAH!


I nak vote Eric :D hahaha


Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.