Dah kahwin

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم


Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam
kebaikan..InsyaAllah~

       Akad sudah termeterai, kenduri pun sudah selesai. Syukur ke hadrat Ilahi, teman seperjuangan seorang ini sudah menemui pasangan hidupnya. So, dalam group ClusterCrews 2 orang yang dah kahwin, tahniah yer korang! The rest?? Tunggu~~~~~

       Hari ni walimatul urus Zim sebelah perempuan kat Telok Panglima Garang, so tengah hari Ezi mai amik aku sama Q & Lin. Rasanya tak sampai la sejam sebab jalan pun takde lah jem sangat, seingat aku la kan. Sampai2 jer terus greet mak Zim dan soru la apa lagi.. Time - time camni la nak merasa lauk pauk yang pelbagai dan yang paling best ada nasi minyak sama air sirap. Aha~ Simple.

       This time terlepas lagi untuk ke majlis akad nikah sebab dijalankan pada malam sebelumnya, tak berkesempatan lagi nak hadir. Khabarnya sangat meriah macam bunga sakura Dayat la kata. Walaupun hujan malam tu tapi majlis tetap berlangsung dengan jayanya. Sayangnya tak dapat join sekaki. Sambil makan, borak2, kuar dah topik org dewasa, hahaha, biler sorang dah start yang lain pun main angin jer la kan.

       Satu lagi terlepas gak time pengantin berarak, kitorang datang pengantin dah pun habis makan beradap, satu jer yang tak terlepas sesi bergambar bersama pengantin. Dapatlah snap satu dua gambar, sambil tanya khabar , nak sembang lebih2 memang tak dapatlah. Macam banyak pulak aku nak sembang kan?? Almaklumlah dah lama tak jumpa tapi apakan daya, masa begitu mencemburui kita. Mudah - mudahan pertemuan yang singkat ini menjadi kenangan manis kita bersama. Jaa~

# last time peach, this time green theme, next theme??
# pergi kenduri kahwin dgn kawan2 meriah sket
# sempat jgk singgah Aeon Bukit Tinggi sebelum balik, craving Tako Tao & Macchiato punyer pasal.


##snap time

Props? Layan kan ajer. "Pic courtesy by Q"

Saat ketibaan di tempat kejadian.


Ambil chance mesra - mesra dgn pengantin.

Bunga telur pun aku bawak masuk frame.

Coretan untuk pengantin baru, dunno wat to write actually.

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.