mari berusaha~1433 H
Alhamdulillah. "Satu muharam detik permulaan perkiraan tahun Islam Hijrah".............lalala~
hurm, sape yg x tau lagu hijrah ni kan dari zaman am kecik sampai la ni itu la lagu saban tahun. kalau zaman sekolah dulu lagu hijrah dinyanyikan ketika nak buat persembahan ka, pertandingan ka...mcm tu la.
Sesungguhnya bagi orang Islam tahun baru itu mmg lagi advance bermakna kita perlu bersedia dan bermula dgn lebih awal. Indahnya Islam ketika menutup tahun kita membaca doa memohon keampunan Allah atas segala perlakuan kita dan pabila masuk jer awal tahun kita berdoa juga dengan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang dilaknat,konco-konconya dalam erti kata mahu menumpaskan hawa nafsu agar kita sentiasa dekat dan berdamping dgn Allah Taala. Sesungguhnya setiap tahun target kita adalah mendekatkan diri kepada Allah, tingkatkan amalan2 yang baik dan mengawal hawa nafsu daripada dibiarkan menguasai kita.
Sama-samalah kita berusaha ya~
Comments
Post a Comment