Tutup akaun simpanan Bank Islam

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hai.
Hari ini nak kongsi sedikit berkaitan hal aku buat penutupan akaun  simpanan Bank Islam. Akaun Bank Islam ni aku buka pada hujung tahun 
2006 atas urusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga lah sebagai akaun kemasukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk kategori bujang.
Bila masuk bulan 3 tahun ni, aku dapat surat peringatan daripada Bank Islam bahawa akaun dah tak aktif (tiada aliran keluar / masuk) selama setahun. So, kena pergi ke bank dan aktifkan semula jika mahu.
Bulan 6 hari tu aku pun pergi ke Bank Islam cawangan Ipoh untuk buat penutupan akaun yakni cawangan yang sama aku buka akaun dulu. Sampai sana, aku pergi ke kaunter nombor giliran dan minta borang untuk penutupan akaun. Selesai isi borang (penutupan & pengeluaran tunai) baru lah diberikan nombor giliran. Time tu tengah hari, memang ramai orang, dan seat pun tak cukup so kena lah bersabar lebih sikit menunggu. Tapi takpe, bank ada aircond, bau pun wangi. Haha.
Bila time kat kaunter tu, kerani minta kad pengenalan, borang yang aku dah isi tadi dan kad bank sekali. Ok, nasib baik aku ada bawa kad kalau tak, tak tahu lah, tak boleh buat penutupan la kot atau pun kena penalti. Kad Bank Islam aku memang level lama punya, bukan level debit / Visa, pernah sekali aku kena tukar kad (sebelum debit/Visa diperkenalkan) sebab ATM  tak boleh baca kad aku, tak pasal – pasal kena caj 20 ringgit untuk buat kad baru😒. Berbalik pada kisah kat kaunter tadi, aku tanya pasal penyata sebab dah bertahun – tahun tak pernah track aliran keluar masuk at least kalau dapat paling recent pun ok juga. Tapi kerani cakap, akaun dah tutup so tak boleh trace lah unless aku nak aktifkan akaun balik. Kerani tu bagitahu baki akhir simpanan dan minta aku sign pada satu penyata. Ini kira kejujuran kerani tu lah ya sebab aku memang tak tahu latest balance, apa yang dia bagi aku ambil. Dah dapat tunai bersen – sen tu, selesai lah urusan penutupan akaun. Di sini tiada salinan penyata urusan diberikan, dan aku pun lupa nak tanya sama ada aku sempat dicaj tak RM10 sebab akaun tak aktif? ...

 Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.