Memburu tempat makan: Ais kepal & toast di myKori cafe.
Assalamualaikumwarahmatullah. Hello. Chocolate banana toast. Minggu lepas aku & along baru dapat jejak myKori dessert cafe yang ada kat Ipoh tu. Memang famous tempat ni, website pun ada https://mykori.my/ Kami datang on weekdays, pukul 2 lebih dan ternyata hari biasa pun customers boleh tahan ya. Deko cafe simple sahaja dengan susunan bangku & meja, lighting cantik even di siang hari, nak ambil gambar kebiasaannya sesuai sangat. Sejuk nya dalam tu jangan cerita la, lagi - lagi berhadapan dengan aircond, bukan sahaja aiskrim kita pun boleh berais juga kalau lama - lama. Strawberry Yogurt Kakigori. Kami order mini Strawberry Yogurt Kakigori (RM 14) & Chocolate Banana Toast; peppermint & vanila ice cream (RM 19). Kakigori ni kira ais kepal la yang zaman sekolah dulu aku beli sekupang dua flavour gula merah dan susu carnation (nikmat tak terkata)😋👍, patbingsu pun boleh jugak rasanya. Shaved ice halus dan ada flavour yogurt tu