[bebelan] Part I: IV as boutique assistant.
Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.
Interview (iv) adalah salah satu perkara dalam dunia ni yang aku tak berapa gemari. Tapi apa boleh buat dalam hidup ni paling tidak sekali kita mesti perlu hadapi benda ni, unless you ada kabel besar then you boleh tolak tepi bab - bab interview ini. Aku rasa tak jugak sebab iv ni boleh berlaku kat mana - mana level dalam kehidupan korang.
Anyway, aku sebut - sebut pasal iv bukan kerana nak bagi tips ke hapa, sekadar nak share pengalaman aku attended dua walk-in interviews awal Ogos yang lepas. Sejujurnya aku dah lama tak merasai debaran dan semangat untuk pi iv since karnival Jobstreet kat KL dulu, tapi disebabkan minat dengan pekerjaan yang ditawarkan beserta sikap ingin tahu dengan proses iv tersebut makanya aku gagahkan jua hadirkan diri ke iv tersebut. Disebabkan cerita pasal iv ni agak meleret- leret so aku buat dua posts; part part I and part II.
Baiklah, part I adalah iv pertama di sebuah butik, butik C, untuk jawatan boutique assistant (BA). Kekosongan jawatan ni aku ketahui melalui laman sosial instagram mereka lebih kurang 2-3 minggu sebelum tarikh iv. Aku berminat untuk memohon atas beberapa sebab; Isnin cuti/Working hours/Trusted company/Like able brand/Full filled requirements/no traffic jammed/Muslimah friendly/No transferable. So, aku updated resume & researched serba sedikit berkaitan job scope as BA. Sayangnya, dalam pada banyak sebab aku berminat untuk memohon, jarak dan suasana yang lengang antara tempat bekerja dengan rumah telah menjadi dilema terbesar pada aku waktu itu; perempuan dan motor. Walau bagaimanapun, aku tolak tepi permasalahan itu dulu dan tetap hadirkan diri ke tempat iv pada hari kedua. Aku bagitahu parents on the day aku nak pergi iv tu dan memang terasa jauhnya hahahaš
bila naik motor ke sana. Alhamdulillah, selepas 30-40 min perjalanan aku selamat sampai ke destinasi malah satu jam lebih awal daripada masa iv. Masih wujud rasa takut - takut dan bimbang dengan apa yang akan berlaku time iv, apa nak jawab nanti, itu ini, negative things appeared a lot walaupun aku sebenarnya agak familiar dengan butik C sebab beberapa kali pernah shopping di sini dan suka dengan brand itu sendiri tapi biasalah aku, insecure & penakut. Dalam pada nak give up tu, padahal dah sampai depan butik kot, Alhamdulillah 'the best motivator adalah diri kita sendiri' so aku kuatkan semangat, berfikiran positif sehinggalah pukul dua lebih aku pun menuju ke butik tersebut. Kelihatan seorang gadis berbaju kurung sedang duduk menunggu di situ, dan aku seraya memberi salam dan menghulurkan resume seperti yang diminta. Aku duduk bersebelahan gadis itu, lalu dia mula menegurku kerana terpandangkan logo UiTM pada fail sijil aku. Sempat pula dia tanya umur aku berapa ceh! Dia fresh graduate, graduan HR, jauh lebih muda, sebaya adik - adik bangtan (BTS). Kitorang borak - borak sekejap sebelum dia dipanggil untuk iv. Disebabkan ruang iv yang terbuka, aku boleh mendengar proses iv tersebut. Santai dan lebih kepada sesi perkenalan, tiada soalan - soalan teknikal semestinya. Selepas 10 minit macam tu nama aku pula dipanggil. Bersalaman dengan co-owner dan ibunya, duduk dan diminta untuk kenalkan diri. Aku sekadar beritahu nama, umur, tempat tinggal dan apa yang aku buat sebelum dan kini. Co-owner pun cakap itu jer? Aku senyum je lah. Tak sangka itu pun susah jugak nak cakap sebenarnya. Next, the co-owner tanya a few things like kenapa tak apply kerja as engineer? kenapa graduan engineering buat kerja admin? Aku takde exact answer actually. aku just cakap yang aku nak kerja di sini, sambil - sambil tu join parents business kat pasar malam. Itu sahaja and ok she accepted that reason. She said based on my age, dia percaya yang aku dah matang and tahu apa yang aku nak (sadly aku masih clueless dengan apa yang aku nak dalam hidup ini š) one more thing she added about loyalty, mungkin kerana aku tiada banyak history dengan company lain. Timbul pula soal jarak, she concerned about safety jugak. Even aku pun tak mampu nak janji boleh sebab ragu - ragu itu ada. But still she explained to me segala details about kerja, gaji, working hours, uniform staff dan sememangnya cuma ada seorang sahaja staff di situ selain her as co-owner. Jawatan tu kosong sebab staff yang ada ni nak sambung study. She admitted yang datang untuk iv mostly graduan atau yang punya background study yang baik. That's why la tiada permanent staff, hanya bekerja untuk short term. So, memang kau seorang yang akan handle mostly semua urusan butik tetapi after lunch hour boss akan datang bantu. Aku juga diberitahu bahawa segala harga dan promosi adalah mengikut apa yang ditetapkan oleh main branch, jadi customers tidak akan rasa ralat untuk berbelanja di mana - mna branch sekalipun sebab masing - masing menawarkan harga dan produk yang sama. Mungkin daripada segi kuantiti stok sahaja berbeza. akan wujud harga dan promosi yang berbeza di dan segala promosi akan ikut main branch. Berbalik pada sesi iv tadi, sekiranya aku terpilih untuk jawatan tersebut pihak butik akan call on the next day sebab nak beri training lebih awal. Dah selesai iv, sempat co-owner bertanyakan tentang transport dan masa yang aku ambil untuk ke situ, pergi balik pun dah sejam lebih apa boleh buat masih tiada keberanian untuk drive kereta.
Dah settle iv, happy la kan pi tukar balik kain baju kurung tadi kepada jeans pastu jalan - jalan mall jap. Alhamdulillah, tak hujan then sekitar 4 petang aku pun sampai rumah. Ada la sedikit story yang berlaku di sini, positive and negative feedback from people around me. Esoknya aku dapat call daripada butik C, time tu aku tengah lepak dengan kawan - kawan hat sekolah rendah, depa pun tak banyak membantu dari segi moral support nampaknya. Hahaha, suka hati jer aku dok blame orang. Tapi tu la aku, how stupid i was la, turned down the offer just like that, yes isu transport tu ada tapi sebenarnya aku yang salah sebab terpengaruh dengan respon - respon negative sekeliling. I should've follow cakap mak time tu sebab mak sangat positif siap nak tolong bayarkan down payment if aku nak beli kereta. Tapi aku termakan yang negative pasai apa??? See?? Last - last diri sendiri yang down gila. For a couple of weeks, devastated, merenung ke'bijak'an sendiri. Sumpah time tu aku rasa diri ni useless gila, punya la cantik peluang Allah nak bagi, pergi iv sendiri, bila dah dapat tolak mentah - mentah. Kasihan kat aku. Sejak peristiwa tu aku memang takde mood nak pergi ke arah butik tu, tak buka ig, merajuk. Kalau tak dapat kerja itu lain cerita, tapi tolak kerja tu yang aku tak boleh terima. Terseksa jiwa time tu, sebab aku jenis tak suka nak mengadu domba, tak tahu medium mana untuk luah perasaan yang menggila. Menggila je la sorang - sorang. Akan datang jangan peduli tentang pandangan orang lain, hati sendiri kena jaga dulu. Ingat Allah selalu sebab iman ni memang senang tergugat lebih- lebih lagi bila kita tengah struggle.
Done part I. Next post aku akan membebel lagi pasal iv part II.
Jaa.
Comments
Post a Comment