Sembang buku : #PelukisJalanan

Assalamualaikumwarahmatullah.
Hello.

Benarlah kata orang, apabila ada di depan mata kita buat tak peduli sahaja, namun tercari - cari bila tersedar akan nilainya. Selepas aku melihat banyak feedback positif mengenai buku ini di SNS, aku semakin tertarik nak baca buku ini. Tahun lepas ada terpandangkan buku ini di rak buku POPULAR, tapi tak berminat pula nak beli. Beberapa hari ini, sibuk pula mencari kalau - kalau masih available di branch POPULAR yang sama. Alhamdulillah. Hikmah menyusun buku - buku yang sedikit berselerak di rak buku ruangan berkenaan, akhirnya aku jumpa. Elok jer tersusun kemas dalam 5 buah macam tu di celah - celah buku motivasi / agama yang lain, no wonder la aku tak perasan awal - awal tadi. Nyaris kecewa. 

Baiklah, cukup dengan intro now aku nak share beberapa perkara yang aku suka mengenai buku Pelukis Arkitek Jalanan ini. So aku cuba senaraikan 7 perkara di sini.

  • Cover : Dilukis sendiri oleh penulis. Kaler merah memang eye catching. 
  • Bahasa & Penulisan : Cukup baik. Font yang digunakan adalah standard font. Clear malah aku suka jenis paper yang digunakan. Aku kurang menggemari bahasa ala - ala puitis / sastera so buku ini betul - betul menyenangkan aku sebab dia direct. Ada dialog, dwi bahasa, ala - ala novel. Walau bagaimanpaun aku dapati ada satu dua typo dalam cetakan. 
  • Plot ada up & down. Real life memang macam tu bukan? Ada sedih, happy, thrill, lucu. Setiap chapter tu ada emosi yang tersendiri. 
  • Ayat - ayat motivasi dan semestinya sarat dengan pengajaran. Impressive.
  • Harga berpatutan dan sekiranya korang ada membership (any bookstore) boleh dapat diskaun lagi.
  • Galeri : Ada 20 lukisan / sketches yang cantik malah disertakan dengan caption yang positif & islamik. 
  • Highlighted stories : Hilang, Kosong, Sabotaj, Ayam Goreng, Orange, Menjadi Misteri.
Kesimpulannya, aku enjoy baca buku ini. Ia mampu buat aku tersenyum, sedih sampai menitis juga air mata ni, dan ketawa (especially chapter terakhir tu part Joel confident, instagram) nak tahu kena baca okay. Keep it up!
Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Berbelanja dengan shopee.my

Quick Review: Sunplay Skin Aqua SARAFIT UV tinted base.