Tutup akaun simpanan Bank Islam
Assalamualaikumwarahmatullah. Hai. Hari ini nak kongsi sedikit berkaitan hal aku buat penutupan akaun simpanan Bank Islam. Akaun Bank Islam ni aku buka pada hujung tahun 2006 atas urusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga lah sebagai akaun kemasukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk kategori bujang. Bila masuk bulan 3 tahun ni, aku dapat surat peringatan daripada Bank Islam bahawa akaun dah tak aktif (tiada aliran keluar / masuk) selama setahun. So, kena pergi ke bank dan aktifkan semula jika mahu. Bulan 6 hari tu aku pun pergi ke Bank Islam cawangan Ipoh untuk buat penutupan akaun yakni cawangan yang sama aku buka akaun dulu. Sampai sana, aku pergi ke kaunter nombor giliran dan minta borang untuk penutupan akaun. Selesai isi borang (penutupan & pengeluaran tunai) baru lah diberikan nombor giliran. Time tu tengah hari, memang ramai orang, dan seat pun tak cukup so kena lah bersabar lebih sikit menu