Tutup akaun BSN.
Assalamualaikumwarahmatullah. Hello. Awal bulan hari tu, aku tekad nak buat penutupan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dah bertahun – tahun tidak dikemaskini. Tujuan asal bukak akaun BSN ni disebabkan biasiswa zaman sekolah rendah dan menengah. Lama tu, since 1999. Akaun ni aktif sebab masuk duit biasiswa sahaja, dah habis sekolah & kolej senyap. Kemudian, tahun 2012, aku terpaksa buat buku baru sebab buku lama hilang / lebih kepada misplaced, siap kena caj 20 ringgit. BSN ni dah macam sleeping akaun jadi aku cuba juga bank-in 20 ringgit for the past 2 years untuk memastikan ada urusan dijalankan. Dulu kad atm masih optional lagi dan boleh buat urusan keluar masuk di kaunter, sekarang dah wajib pakai debit kad pulak, caj tahunan pulak lagi, so better aku tutup je lah akaun ni. Dapat tahu kena caj 10 ringgit if tiada urusniaga dijalankan dalam tempoh setahun. Selama ni aku fokus pada 7 tahun tanpa urusan sahaja, tapi setiap tahun ada kiraan lain juga. Dah la di