Okay atau tidak? Althea.
Assalamualaikumwarahmatullah. Hello. Sebagai salah seorang pengguna skincare products dari Korea, tak lengkap rasanya kalau I tak mencuba membuat pembelian melalui website my.althea.kr. Kebetulan, ada beberapa produk yang tidak available di tempat lain tetapi available di althea, contohnya produk daripada jenama Natural Pacific. Selepas membuat perkiraan bajet dan pembacan reviews mengenai kesahihan website ini maka buat pertama kalinya awal April tempoh hari, aku pun membuat pembelian beberapa produk di althea. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walau bagaimanapun aku ingin berkongsi di sini apa yang aku suka dan kurang suka dengan althea. 👍 : • Cara pembayaran : Selain kad kredit, pembayaran boleh dibuat melalui online banking secara MOLPAY. Kod akan dihantar secara SMS terlebih dahulu dan hanya valid selama 5 minit sebagai ‘lock order’. • Harga : Berpatutan. Malah, ada yang lebih rendah berbanding website lain. Namun, perlu buat perbandingan terlebi